Motosikal

CFMOTO 1250NK HAMPIRI PENGELUARAN – ENJIN KTM LC8 1,279CC

Selepas hampir setahun CFMOTO mendedahkan lakaran awal sebuah motosikal ‘hyper-naked’ yang diberi nama 1250NK, akhirnya pengeluar motosikal China itu mengesahkan model tersebut akan mula memasuki peringkat pengeluaran. 

Berdasarkan dokumen terkini yang diterbitkan di China, lakaran 1250NK itu tampil lebih terperinci termasuk reka bentuk komponen penting seperti kerangka dan panel badan. 

Gambar yang disiarkan itu memamparkan tahap ketelitian yang memberi bayangan bahawa model itu hampir pasti memasuki peringkat pengeluaran dalam masa terdekat. 

Lakaran tersebut memaparkan kerangka ‘steel-trellis’ yang mirip dengan beberapa model sedia ada termasuk 800NK. Kelihatan juga subframe jenis ‘bolt-on’ yang diperbuat dari bahan jenis besi namun dengan struktur aluminium berasingan di bawah tempat duduk penumpang. 

Bagaimanapun, perbezaan utama berbanding lakaran awal adalah kedudukan radiator yang pada awalnya diletakkan di bawah tempat duduk telah beralih kepada kedudukan konvensional. 

Namun, kami teruja kerana penggunaan ‘swingarm’ jenis ‘single-sided’ masih dikekalkan pada model ‘production’ nanti. Selain itu, turut kelihatan kaliper brek dari Brembo. 

Sementara itu, paten terbaru itu juga menunjukkan reka bentuk panel yang melitupi bahagian tangki. Panel tersebut turut dipadankan bersama corong udara bagi tujuan aerodinamik.

Untuk rekod, CFMOTO 1250NK ini akan dikuasakan enjin KTM LC8 1,279cc V-Twin yang sama terdapat pada CFMOTO 1250TR-G yang berupaya menjana 140hp. 

Google ads
Back to top button