Motosikal

SINNIS PERKENAL JENTERA ADVENTURE T125 BLACK EDITION. HARGA BERMULA RM19,000

Jenama Sinnis yang cukup terkenal dengan rekaan sporty dan mesra pengguna di United Kingdom (UK) melancarkan jentera adventure terbaharu T125 Black Edition.

Motosikal yang dibangunkan berdasarkan Terrain 125 itu dijual pada harga AS$4,409 (RM19,267).

Dari segi rekaan, ia merupakan jentera ADV yang hampir cukup sempurna dengan didatangkan windscreen tinggi, suspensi pengembaraan jarak jauh dan tayar dwi-kegunaan sekali gus menjadikannya jentera sesuai digunakan untuk di mana-mana sahaja.

T125 Black Edition memberi penampilan baharu model Terrain 125 dengan sentuhan livery berwarna hitam.

Selain itu, ia didatangkan koordinat longitud dan latitud ibu pejabat Sinnis di UK dengan grafik dibentangkan dengan kemasan hitam satin.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin satu silinder 125 cc suntikan bahan api dengan penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa mencecah 12.7 hp.

Ia turut hadir dengan tangki minyak berkapasiti 14 liter, fork depan terbalik, monoshock belakang boleh laras dan brek disc memudahkan penunggangan adventure terutama untuk golongan muda.

Buat masa ini, jentera T125 Black Edition hanya boleh didapati di pasaran UK sahaja. –rideapart

Google ads
Back to top button