Motosikal

SM SPORT 110R DIKEMAS KINI DENGAN WARNA BAHARU – RM4,199

Selepas pelancaran sulung pada 2021, SM Sport 110R akhirnya diberi warna dan grafik yang lebih segar pada tahun 2024. 

MForce selaku pengedar rasmi jenama SM Sport di Malaysia memperkenalkan tiga warna baharu bagi 110R yang merangkumi hijau, merah dan biru dan dijual pada harga RM4,199. 

Atas kertas SM Sport 110R menawarkan 6.7hp pada 7,500rpm dan 7.6Nm pada 4,500rpm hasil dari penggunaan enjin karburator satu silinder 109cc dengan sistem penyejukan udara. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk, penggunaan cakera brek tunggal depan 220mm, lampu depan LED, panel meter analog. fork teleskopik dengan jarak pergerakan 83mm dan penyerap hentak berkembar belakang dengan jarak pergerakan 65mm. 

Menariknya, dengan berat hanya 104kg, SM Sport 110R ini cukup sesuai untuk kegunaan harian dan mudah untuk dikendalikan. Tangki bahan api berkapasiti 4L pula cukup untuk menawarkan perbatuan yang efisien terutamanya dalam kawasan bandar. 

Google ads
Back to top button