SPYSHOT HONDA CBR1000RR 2017 – ERRR… CUMA PERUBAHAN KOSMETIK?
Seluruh dunia sedang menunggu tindakan Honda Motor dalam memperkenalkan barisan terkuat mereka CBR1000RR. Jika Yamaha memperbaharui YZF R1 2016 menjadi sebuah motosikal yang cukup sofistikated dan berkuasa, CBR nampaknya masih mecari-cari formula terhadap pasaran penting superbike 1 liter.
Semua mengharapkan Honda memperbaharui sepenuhnya Rabbit menjelang pengenalan model 2017. Sejak 2008, tidak banyak pengubahsuaian besar dilakukan pada model ini, walaupun RCV213VS sudah boleh anda beli, dari trek ke jalanraya. Tapi untuk harga yang meninggal dunia 2 kali hidup mati semula, RC bukanlah untuk dimiliki seorang pengurus bank, mungkin untuk perompak bank?.
Baru-baru ini tersiar gambar di twitter memperlihatkan CBR1000RR sedang diuji di sebuah litar di Croatia. Dalam satu sudut berbeza, ia seperti sesi fotografi komersial yang akan jadi video pengenalannya tak lama lagi. Ceritanya, bukan perihal spyshot tetapi pasal perincian 1000RR ini.
Ia tidak lagi digelar Rabbit, tetapi perubahan besar yang dilihat pada foto ini lebih kepada sudut kosmetik. Enjin? Kelihatannya masih sama, jangan mimpilah nak pakai V4 kan? Khabar angin je V4 semua tu jangan mudah percaya sangat!
Walaupun foto yang dirakam ini tidak berapa jelas, namun kalau diperhatikan titik pemasangan utama lengan ayun, perumah enjin dan klac, ianya sangat mirip pada model 2016. Kedudukan cagak enjin, subframe dan sisi kerangka sangat identikal.
Nampak sedikit berbeza ialah ekor belakang, fairing sisi dan pembias angin utama serta rupabentuk ekzos. Ia mungkin diubahsuai untuk memenuhi piawaian Euro4 yang akan diimplimentasikan tak lama lagi.
Dengan titik perumah enjin yang hampir sama, agak sukar untuk menjangkakan sebarang perubahan dari sudut elektronik seperti kawalanm traksi, mod, dan juga peningkatan sistem suspensi semi aktif misalnya.
Kepada yang masih pakai Rabbit tu, boleh lah tarik nafas lega. Boleh tunggu lagi sehingga CBR1000RR diperbaharui sepenuhnya. Tunggu sampai versi murah RC213V V4 di buat untuk versi jalanan. Jika Kawasaki pun dengarnya akan “mensuperchargekan” model R2 lebih murah, kenapa tidak Honda kan?