Modifikasi

SUBARU IMPREZA VERSION 6

Hingga ke hari ini, saya masih menyimpan angan-angan untuk membeli sebuah Subaru Impreza 22B, dengan harapan ada penjual yang sesak nak guna duit. 

SONY DSC

Anda tahu berapa harga 22B sekarang? Tak pernah jatuh. Apa yang pasti, lebih mahal berbanding Version 7, 8 dan 9 WRX. Sasaran utama saya tentulah model asal yang langsung tidak dimodifikasi. Masalahnya ada ke?

Subaru Impreza GC8. Badan kereta Impreza sedan WRX atau STI daripada versi 1 hingga 6 yang tidak bertukar chasis. Bodypartnya masih boleh diguna pakai untuk enam generasi, sesuatu yang luar biasa bagi industri Jepun yang kita semua tahu, suka sangat tukar dan buat model-model baru.

SONY DSC

Satu benda yang tidak boleh diketepikan pada GC8 ini ialah bunyi boxer yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana enjin EJ20 sejarah pembinaannya.

Itu menjadikannya unik dalam kalangan kereta sport klasik di Malaysia. Harganya berkisar pada sebuah Alza baru atau lebih daripada itu kalau dah banyak barang.  Secara jujurnya, kalau dapat kereta ini dalam keadaan stok, tak ada benda yang akan dibuat pada enjinnya kecuali ekzos. Deruman boxer asli tradisi Subaru itu memang sangat tipikal pada enjin generasi ini.

SONY DSC

Kereta milik Edy ini ialah versi asli WRX tahun 1999 generasi terakhir sebelum badannya bertukar pada casis GD-A. Seperti yang dapat dilihat, kereta ini terjaga rapi dan modifikasi yang dibuat adalah sederhana sahaja.

SONY DSC

Turbin VF28 single scroll sudah memadai untuk menggerakkan kereta dari rumah ke pejabat dan berhujung minggu sambil menyakat kereta 2.0 liter yang lain. Modifikasi lebih kepada peralatan bolt on seperti cam Toda dan ECU Zerosports. Peralatan lain termasuklah injap blow-off Sheepdog, wastegate Tial, intake plenum Zerosport dan penapis udara Blitz.

SONY DSC

Ekzos? Mesti guna yang mengaum, barulah bunyi brrupp brruup tu keluar. Set pada kereta ini ialah lengkap daripada HKS, manifold depan hingga ke muncung belakang. Tetapi, mufflernya ditukar kepada Blitz Nur Spec R. Sebaik menderu, kotak gear asal dan flywheel Toda membawanya berlalu pergi.

Kereta ini menjalani ubah suai pengendalian yang ekstensif.  Apa yang perlu anda  tahu, untuk enjin pacuan depan (FF) atau 4WD, Subaru menang dari sudut pembahagian berat kerana konfigurasi enjin yang menyokong sesaran beratnya.

SONY DSC

Di trek kereta ini memang cemerlang. Tetapi untuk memantapkannya lagi, set  Cusco dipasang. Ia termasuklah lower arm bar depan belakang, anti roll bar dan satu set Tanabe Sustec Pro boleh laras.

Caliper brek masih asal, tetapi diganti dengan cakera Project U Spec S di depan bersama padnya. Skala breknya memang di tahap yang terkawal. Rim pula, SSR Type C 17 inci yang dibalut tayar Yokohama A Drive 225/45r17.

SONY DSC

Apa yang lebih menguntungkan kalau pandu Impreza ini ialah kita tak berkongsi dengan kereta Proton. Enjin dan kereta Evo/GSR jadi mahal sebab ada kereta Proton yang berebut-rebut membelinya.

Untuk mendapatkan sedikit kelainan, Edy memasang kerusi bucket penuh Corbeau di bahagian pemandu. Meter tiga serangkai pada papan pemuka itu ialah Defi yang dipasang dalam perumah khas buatan Zerosport. Kedudukannya kemas sebab ia memang direka untuk menggantikan tempat simpanan barang asal. Di tiang pemandu ialah boost meter Apexi dan tersorok sikit ialah sebuah pen timer APEXi.

SONY DSC

Bahagian luar kereta memang tak nampak keganjilan langsung. Nampak macam satu set yang dipasang terus pada body asal. Realitinya ada beberapa ubah suai yang dibuat. Skup bonet itu salah satu daripadanya. Diffuser belakang pula dimodifikasi daripada version 9 STI dan lips depan itu dibuat custom.

Beberapa pelekat disesuaikan pada badan kereta. Warnanya putih solid. Apabila dipadankan dengan pelekat STI warna merah jambu, terus rupanya berubah 360 darjah. Nampak garang dan racing sekali.

SONY DSC

Kereta begini sebenarnya khusus untuk peminat sejati kereta sahaja. Ia bukanlah sebuah kereta yang korang boleh harap untuk mengorat awek sebab dia orang tak taupun kereta apa ni. Dari jauh serupa Wira pun ada. Kalau rasa nak cari makwe, beli E46 senang nampak logo BMW. Tapi kalau kena kitai di highway sama Satria Gti janganlah kecil hati.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button