Motosikal

SUZUKI GSX-S1000 2017 KINI LEBIH BERKUASA

Model super-naked flagship Suzuki, GSX-S1000 mendapat tambahan kuasa untuk versi tahun 2017.

Jentera itu kini mampu menghasilkan kuasa mencecah 150hp @ 10,000rpm. Tork juga meningkat menjadi 108Nm at 9,500rpm.Terima kasih kepada aplikasi lubang ventilasi pada crankcase. Manakala slipper clutch pula membuatkan penukaran gear menjadi lebih lancar.

Perubahan turut melibatkan model fairing GSX-S1000F yang menggunakan enjin dan chasis sama. Namun, suspensi KYB boleh laras diberi talaan berbeza dan fairing yang telah diuji di terowong angin menjadikannya sebuah sportbike yang lebih versatil.

Jentera itu menampilkan tiga mode sistem kawalan cengkaman yang boleh dinyahaktifkan. Bagi memberi prestasi membrek yang meyakinkan, motosikal berkuasa tinggi itu dibekalkan dengan brek ABS Brembo dengan angkup monoblok. Kerangka yang ringan dipadankan dengan lengan ayun berbeza berbanding generasi  GSX-S1000 sebelum ini.

Perubahan dari segi estetik dapat dilihat pada tuil dan perehat kaki yang dicat hitam. Model F pula dipasang dengan skrin tinted. Kedua-dua varian itu didatangkan dengan livery berwarna hitam dan biru. Di samping skim warna merah dan hitam yang diteruskan untuk tahun kedua. Pelanggan juga boleh membeli GSX-S1000F dalam warna putih.

Lebih istimewa, pelanggan ditawarkan dengan GSX-S1000 Phantom 2017 edisi terhad. Ia dibezakan menerusi skim warna hitam matte dengan kemasan berwarna merah, selain peredam dan fork hitam.

GSX-S1000 2017 akan mula dipasarkan di United Kingdom hujung bulan ini pada harga £9,699 (RM54,050) seunit. GSX-S1000 Phantom edisi terhad berharga £9,899 (RM55,200) dan GSX-S1000F pula £10,299 (RM57,400).

BACA: SUZUKI SV650 VERSI SCRAMBLER DIPERKENALKAN DI PERANCIS

BACA: SUZUKI DL250 MINI V-STROM

GALERI

Google ads
Back to top button