COWBOY TUNGGANG KUDA DI LEBUH RAYA KENA TAHAN
Seorang Cowboy Chicago yang pernah tampil bersama Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot dalam mempromosi bancian Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana menunggang kuda di lebuh raya sibuk.
Adam Hollingsworth atau lebih dikenali sebagai Dreadhead Cowboy, ditahan pihak polis Illinois di lebuh raya Dan Ryan Expressway dalam menyokong gerakan Kids Lives Matter.
Dia berbuat demikian dalam meningkatkan kesedaran terhadap bancian U.S Census bagi mendapatkan dana untuk program kemasyarakatan.
“Sehingga kita memberi perhatian terhadap kepentingan Kids Lives Matter, perkara ini akan terus berlaku,” tulis lelaki berkenaan dalam laman Facebooknya.
Terdahulu, dia telah tampil bersama Lightfoot dalam mempromosi bancian tersebut.
Hollingsworth berdepan tuduhan kelakuan tidak menghiraukan keselamatan, tidak mematuhi arahan pegawai polis dan menceroboh lebuh raya. – agensi.