Motosikal

SUZUKI V-STROM 250SX LANCAR OGOS INI

Masa yang ditunggu-tunggu peminat motosikal Suzuki akhirnya tiba selepas Suzuki Malaysia dilaporkan akan melancarkan V-Strom 250SX pada bulan Ogos ini. 

Suzuki Malaysia telah pun beberapa kali mempamerkan V-Strom 250SX di Malaysia antaranya di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS23) tahun lalu dan terbaru di Malaysia Autoshow 2024. Namun, ketika itu Suzuki Malaysia masih kunci mulut mengenai tarikh perasmian V-Strom 250SX. 

Bagaimanapun, menurut sumber Suzuki Malaysia akhirnya akan melancarkan motosikal adventure 250cc itu pada awal bulan Ogos ini. 

Untuk rekod, V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara perincian yang ditawarkan termasuk:

  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh
  • tangki bahan api 12L

Ketika ini maklumat harga masih belum didedahkan namun berdasarkan informasi yang diperolehi sebelum ini, V-Strom 250SX dijangka akan dipasarkan bawah RM18k.

Google ads
Back to top button