
TEAM CLASSIC SUZUKI BINA KATANA UNTUK PERLUMBAAN ENDURANCE
Perlumbaan kenderaan klasik merupakan trend yang kian mendapat sambutan di serata dunia. Kita ada perlumbaan seperti Saga Cup, perlumbaan Mini dan juga kereta-kereta ‘olskool’ yang dijalankan oleh penganjur persendirian.
Team Classic Suzuki telah membina semula Katana GSX1100SD untuk perlumbaan Endurance Legends di Donnington Park, UK tahun depan. Namun sebelum beraksi, motosikal lagenda ini akan dipamerkan dalam pameran Motorcycle Live pada penghujung tahun ini.
Bernaung di bawah pelan Suzuki’s Vintage Parts Programme, pasukan ini akan menampilkan 3 pelumba berpengalaman dalam perlumbaan 4 jam tanpa henti. Perlumbaan ini akan dilangsungkan pada bulan Mei akan datang dan sebenarnya Katana ini bukanlah motosikal pertama yang diibaikpulih oleh Suzuki.

Mereka pernah membaikpulih TL1000S dan kemudiannya menyambut ulangtahun ke 30 model GSX-R750 tahun lepas dengan merestorasi model asli F. Program ini asalnya adalah untuk restorasi sahaja, namun tahun depan mereka berhasrat untuk menyertai perlumbaan.







