Motosikal

YAMAHA YZF-R1 MENANG ANUGERAH REKABENTUK DI JERMAN

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa jentera supersport Yamaha YZF-R1 telah dipilih sebagai pemenang pertandingan Anugerah Reka Bentuk German bagi kategori pengangkutan. 

Pencapaian itu merupakan pencapaian pertama untuk anugerah tersebut selepas berjaya mengalahkan lebih 4,000 penyertaan lain. Ini menjadi anugerah keempat yang ditrerima oleh YZF-R1 (model 2015 untuk pasaran luar negara) selepas Good Design Award 2015, iF Design Award 2016 dan Red Dot Award: Product Design 2016.

YAMAHA YZF-R1 & YZF-R1M

Dalam anugerah Anugerah Reka Bentuk German, panel jurinya menilai produk-produk dari seluruh dunia yang sudah pun mempunyai standard tinggi dari segi reka bentuknya. Selepas mendapat ‘pengesahan’ itu, barulah permohonan untuk anugerah berprestij antarabangsa itu boleh dibuat.

Jentera YZF-R1 dibangunkan untuk membolehkan penunggang merasai pengalaman menunggang konsep teknikal mesin YZR-M1 MotoGP. Ia juga didatangkan potensi pecutan seperti di litar lumba.

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button