Motosikal

YAMAHA TFX 150 DI VIETNAM: RM14,919.00

Salah satu pasaran yang besar selepas motosikal kapcai ialah naked berkapasiti 150cc. Pasaran ini berkembang sangat pantas sehinggakan setiap pengeluar memiliki varian naked kecil yang diipasarkan di negara-negara membangun seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Malaysia.

Cuma seperti biasa, Yamaha Malaysia dengan bangganya terus menjual FZ150i kerana buat apa nak bawa masuk model baru kalau FZ150i pun tak ada saingan. Bayangkan macam ni, kau buka kedai nasi lemak ayam goreng tawar tapi orang tetap beli. Buat apa nak susah-susah bagi pilihan nasi lemak ayam goreng berempah?

yamaha tfx 150 vietnam (9)

Yamaha Vietnam bulan lepas telah melancarkan Yamaha TFX 150, cuma masa tu harga tak diumumkan sekali. Beberapa hari lepas, harga jualannya diumumkan iaitu VND 79,900 (Vietnam Dong) atau dalam mata wang Ringgit RM14,919.

Mahal? Sudah tentu, RM15,000 bukanlah nilai sebuah FZ150i. TFX 150 merupakan model tingkat taraf darjat tertinggi FZ yang dikenali dengan nama M-Slaz di Thailand dan Xabre di Indonesia. Ia dipasangkan dengan enjin 150cc, 16 kuasa kuda @ 8,500rpm dengan tork 14.3Nm @ 7,500rpm.

yamaha tfx 150 vietnam (6)

Antara ciri menarik yang membezakannya dengan FZ ialah sistem suspensi depan teleskopik USD, suspensi belakang monocross, lampu depan dan belakang LED, paparan instrumentasi meter digital penuh yang lebih menarik dan rim lebih lebar. Pendek kata, ia adalah siri MT sport paling kecil dalam keluarganya.

Adakah akan masuk ke pasaran Malaysia?

Soalan yang bagus.

yamaha tfx 150 vietnam (5)

Sebab kami pun nak tanya soalan yang sama. Bagi pengetahuan anda, hujung minggu ini, Hong Leong Yamaha akan melancarkan sebuah motosikal baru sempena MotoGP yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Sama-sama kita tunggu.

 

yamaha tfx 150 vietnam (4)yamaha tfx 150 vietnam (3) yamaha tfx 150 vietnam (1) yamaha tfx 150 vietnam (10) yamaha tfx 150 vietnam (5)

yamaha tfx 150 vietnam (6) yamaha tfx 150 vietnam (7) yamaha tfx 150 vietnam (8) yamaha tfx 150 vietnam (9)

Google ads
Back to top button