
TEMPAHAN TOYOTA BZ4X DI THAILAND CECAH LEBIH 3,000 DALAM MASA 2 HARI. TERHANGAT DI PASARAN!
Toyota bZ4X nampak gayanya sedang hangat di pasaran Thailand. Menurut laporan media Thai Headlightmag, sejak tempahan dibuka pada 9 November, tempahan untuk bZ4X kini telah mencecah 3,356 unit.
Usaha kerajaan Thailand dalam mempromosikan kenderaan elektrik membolehkan momentum kenderaan elektrik di Thailand melonjak, terutamanya model dari jenama China seperti MG, Euler serta BYD. Disebabkan itu juga, impak positif turut dirasai oleh SUV elektrik sepenuhnya Toyota bZ4X yang dibina berdasarkan platform e-TNGA.
bZ4X untuk pasaran Thailand hanya didatangkan dalam satu pilihan varian paling tinggi iaitu versi AWD. bZ4X menggunakan sistem AWD X-Mode yang dibangunkan bersama Subaru.

Ia menggunakan reka bentuk dwi-motor yang mampu mencapai kuasa 215hp dan tork puncak 337Nm serta dipadankan dengan bateri 71.4 kWj.
bZ4X boleh bergerak sejauh 411 kilometer dengan sekali caj. Tempoh pengecasan juga tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya sekitar 30 minit untuk pengecasan dari 0 hingga 80 peratus. Sementara pecutan rasmi 0-100km/j adalah sekitar 6.9 saat.
Walaupun saingan dari jenama kenderaan elektrik China begitu sengit, namun apa yang dicapai oleh Toyota boleh dibanggakan. Ia hanya dibezakan sedikit berbanding tempahan untuk BYD Atto 3, iaitu kurang 1,000 unit.
Dengan harga sekitar RM236,50 seunit, Toyota masih cemerlang dengan tempahan lebih 3,000 unit dalam masa dua hari.
GALERI:
















