
TESLA HANTAR JURUTERA DAN KAKITANGAN DARI SHANGHAI KE KILANG DI FREMONT. BANTU TINGKATKAN PENGELUARAN
Kira-kira 200 pekerja dari kilang Tesla di Shanghai, China telah dihantar ke kilang Tesla di Fremont, California sekurang-kurangnya selama tiga bulan untuk membantu dalam meningkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan masa penghantaran.
Kapasiti pengeluaran di Shanghai telah berkembang kira-kira 1 juta kenderaan setahun, berbanding 650,000 di kilang Fremont. Jadi, Tesla menyasarkan peningkatan 50 peratus dalam penghantaran.
Kilang Tesla di Shanghai hanya membuat Model 3 dan Y. Sementara kilang California menghasilkan keseluruhan rangkaian EV termasuk Model 3, Y, S dan X.

Naik taraf yang mengambil masa kira-kira lima minggu menghasilkan rekod penghantaran sebanyak 83,135 kereta di China pada September lalu. Rangsangan pengeluaran menyumbang kepada masa menunggu yang lebih pendek di China daripada kemuncak 22 minggu awal tahun ini kepada hanya 1-4 minggu.
Untuk model Y, pelanggan di AS terpaksa menunggu sehingga April 2023 untuk menerima kereta mereka.
Semasa pembentangan perolehan suku ketiga, Elon Musk mengakui Tesla menghadapi masalah pengangkutan di AS. Musk mendakwa pihaknya tidak cukup bot, kereta api dan trak untuk menghantarnya kepada pelanggan.
Selain Gigafactory di Shanghai dan California, Tesla juga mempunyai kilang di Jerman dan Texas. Pembuat kereta itu menyerahkan sebanyak 343,830 kenderaan pada suku ketiga 2022. Justeru, Tesla menjangkakan untuk mengakhiri tahun ini dengan sasaran pertumbuhan 50 peratus berbanding 2021.
- BACA: AUTOMOTIVE REPUTATION REPORT 2022, TESLA PALING COROT. MEMANG DAH BOLEH AGAK…
- BACA: TESLA PANGGIL KEMBALI 1.1 JUTA KERETA, RISIKO JARI TERSEPIT PADA TINGKAP
- BACA: TAK DAPAT BUKA PINTU GARA-GARA KEHABISAN BATERI, PEMILIK TESLA MODEL S BENGANG!
- BACA: PELANGGAN TESLA BUAT MOGOK LAPAR. TIDAK PUAS HATI KUALITI KERETA