Modifikasi

TOYOTA CORONA T140

Corona merupakan model eksekutif Toyota pada tahun awal 1980-an dan tak ramai yang mampu membelinya. 

toyota-corona-mekanika (5)

Saingan Corona pada masa itu seperti Honda Accord 1.6 dan Mazda 626 tidak dapat menandinginya. Corona mempunyai pilihan enjin yang lebih besar iaitu 1.8 liter dan  pilihan enjin diesel yang amat diminati oleh pengusaha teksi ketika itu.

toyota-corona-mekanika (8)

Corona ini juga ialah model Corona yang paling lama diproduksi dari tahun 1982 hingga 1989 oleh kerana terdapat permintaan untuk model wagon dan teksi di Jepun. Satu lagi perkara unik dan pelik untuk kereta sekelasnya pada era itu ialah penggunaan konfigurasi pacuan roda belakang – sesuatu yang boleh dianggap melawan arus  semasa ketika itu. Tetapi, keunikan Corona ini menyebabkan ia masih disimpan ke hari ini oleh para peminat kereta berbanding dengan kereta lain yang sekelas dengannya.

Dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD), proses pertukaran enjin sebenarnya lebih mudah oleh kerana kita tak perlu risau tentang kedudukan kotak gear. Sebabnya,  kedudukan semua kotak gear enjin RWD sama sahaja, di tengah.

toyota-corona-mekanika (9)

Long shaft boleh ditempa secara custom untuk diseragamkan dengan panjang kenderaan. Jadi tiada masalah hendak kena potong driveshaft macam kereta pacuan roda hadapan. Gandar belakang pun boleh diubah suai. Gandar belakang ini juga sememangnya amat tahan lasak berbanding CV joint kereta pacuan roda hadapan. Maka, untuk tampung kuasa dan tork yang tinggi pun tiada masalah.

Kalau saya ada Corona macam ni, modifikasi serupa akan dibuat. Campak keluar enjin 1.8 standard dan bawa masuk enjin 1G-GTE. Enjin 1G bersesaran 2,000cc dengan pengecas turbo ialah enjin yang cukup popular dalam kalangan peminat Toyota klasik oleh kerana harga half-cutnya berpatutan dan berkuasa tinggi. Enjin ini pun bersaiz agak kecil, jadi ruang enjin sempit Toyota klasik tidak perlu dipotong untuk memuatkannya.

toyota-corona-mekanika (19)

Lazimnya, ramai orang membiarkan enjin ini tanpa modifikasi lain, kerana enjin ni dalam keadaan standard dah boleh jana 200hp. Tapi lain halnya dengan pemilik Corona ini. Enjin ini asalnya datang dengan sepasang turbin CT-12 yang kecil. Tetapi sudah diganti dengan turbin Garret tunggal yang terletak di atas manifold ekzos custom untuk kedudukan top mount. Sebuah wastegate jenis external dari Turbosmart turut dipasang bersama sebuah blow-off HKS SQV.

Bagi menyejukkan turbin, sebuah intercooler custom telah digunakan. Ia menyalurkan udara sejuk kepada turbin melalui paip-paip keluli tahan karat yang bersinar-sinar. Sebuah penapis udara K&N menjadi penebat antara habuk dari atmosfera dan bilah turbin. Gas-gas ekzos dilepaskan melalui paip ekzos 2.5 inci custom sebelum dibebaskan ke udara oleh sebuah peredam bunyi HKS.

toyota-corona-mekanika (18)

Kotak gear asal yang datang bersama-sama enjin ini dipertingkat dengan klac perlumbaan TRD. Ia menyalurkan kuasa ke gandar belakang yang diubahsuai daripada model Toyota AE86. Dari segi pengendalian, Corona ini mendapat khidmat penyerap hentak boleh laras bersama-sama pillow mount yang disedekahkan daripada half-cut Nissan Silvia S13 di hadapan dan Toyota AE86 di belakang.

Anda seorang yang gila jika tidak mengubahsuai sistem brek lepas masuk enjin dengan turbo sebesar ini. Oleh kerana pemilik Corona biru ni masih waras, sistem brek diganti dengan brek cakera depan dan belakang dari model Toyota AE86 bersama pam brek Supra JZA70.

toyota-corona-mekanika (10)

Bagi mengisi ruang arca roda, rim SSR Integral A2 dengan tayar Kumho Ecsta menjadi pilihan. Rim berjejari lima ini mungkin nampak sedikit moden berbanding kereta. Tetapi saya nampak dah apa visi dan misi pemiliknya. Korang sendiri boleh lihat kereta ni nampak macam kereta pergi surau dan intercoolernya pun tidak kelihatan. Kalau pelekat Mine’s dan TRD itu ditanggal, ia nampak seperti sebuah kereta standard!

toyota-corona-mekanika (14)

Ruang dalaman Corona ini sememangnya boleh dipuji, kemas dan bersih dengan beberapa aksesori. Stereng sudah pasti diganti dengan stereng sports yang lebih ganas. Dalam kes ini, stereng buatan Tom’s.

Kelihatan juga takometer Pivot dan meter air/fuel ratio Auto Meter di atas papan pemuka. Sepasang tempat duduk Levin menggantikan tempat duduk hadapan yang asal demi keselesaan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button