Buletin

TOYOTA LAND CRUISER NAMIB – ENJIN V8, REKAAN KLASIK 70-AN

Rekaan 70 Series Toyota Land Cruiser nampaknya tidak banyak berubah sejak ia mula dijual 35 tahun lalu.

Kini, jentera lasak itu hanya dijual di benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia Barat, di mana garis panduan emisi dan keselamatan  tidaklah seketat di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. 

Jika anda berada di negara-negara tersebut, anda boleh membeli Land Cruiser Namib yang namanya diambil sempena gurun paling besar di dunia. Trak pikap kabin berkembar itu dikuasakan oleh enjin V8 bersesaran 4.5 liter yang mampu menjana 202bhp dan tork 430Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan empat roda dan kotak gear manual lima kelajuan. Rim aloi bersaiz 16 inci dibalut dengan tayar berbunga tebal Cooper Discovery. Suspensinya pula telah dinaik taraf. 

Penampilan Land Cruiser Namib  yang mengambol gayaan retro model 70 Series itu memang rugged dengan spotlight LED, bampar hadapan besi bersama pelindung lampu utama dan snorkel.

Di bahagian kabin, ia sangat utilitarian tanpa sebarang skrin sentuh. Sebaliknya majoriti ruang tersebut dihuni oleh plastik keras berwarna hitam. 

Glovebox hadir dengan ciri menyejuk minuman, manakala tempat duduknya dibalut dengan fabrik yang seolah-olah dibuat oleh kedai aksesori. 

Land Cruiser Namib ditawarkan pada harga bermula £50,000 (RM261650) seunit. Bapak mahalnya.. 

Google ads
Back to top button