,
Buletin

TOYOTA ONLINE SHOWROOM – NIKMATI REBAT TUNAI SEHINGGA RM9,085

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah lebih sebulan dikuatkuasakan membuatkan hampir semua perniagaan terpaksa menghentikan operasi buat sementara.

Memahami keperluan orang ramai yang ingin membeli kenderaan baharu, UMW Toyota Motor baru-baru ini memperkenalkan Toyota Online Showroom.

Platform dalam talian itu membolehkan anda membuat tempahan atau membeli apa jua model Toyota kegemaran dengan lebih mudah.

Pelanggan hanya perlu melayari laman web: tyt.my/online-showroom dan ikuti empat langkah mudah. Pertama, tengok model yang ingin dibeli bersama promosinya.

Kedua, isi borang “Book Your Toyota”. Selepas semua maklumat diisi, periksa sekali lagi sebelum tekan butang ‘submit’. Kemudian, perunding jualan akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Antara tawaran yang boleh anda nikmati sekarang ialah rebat tunai sehingga RM6,800 untuk model Vios, Yaris (RM4,300) dan Hilux (RM9,085). Lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkan ansuran bulanan rendah menerusi Toyota EZ Beli.  

Tags
Google ads
Back to top button