" "
Motosikal

RIDER LALAMOVE PARAH DILANGGAR ISWARA DI JALAN DUTA

Seorang penghantar makanan para selepas terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 29.9, Lebuhraya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Duta menghala ke pusat bandar.

Mangsa cedera parah dilanggar Proton Iswara ketika dia terbaring di lorong kiri lebuh raya itu. Menurut update yang dibuat oleh pemilik Facebook Motorsports Malaysia, mangsa merupakan penghantar makanan Lalamove.  

Terdahulu, pada kejadian 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Zulhelmi Zulkefeli, 33, terlanggar lori di depannya menyebabkan dia tercampak ke tengah lebuh raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, empat penunggang motosikal yang berada berhampiran memarkir jentera masing-masing di lorong tengah dan lorong kiri sebelum membantu membawa mangsa ke lorong paling kiri.

Ketika mereka sibuk hendak membantu mangsa, sebuah Proton Iswara yang menggunakan lorong paling kiri tiba-tiba terlanggar sebuah daripada empat motosikal berkenaan.

Pemandu Iswara berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke hospital.

“Pemandu kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang terbaring di laluan terbabit,” katanya.

Empat penunggang motosikal, pemandu lori serta pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun selamat.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Harian Metro

Kredit foto: Muhammad Hirzi Nox

Google ads
Back to top button