
IMOS 2016: YAMAHA LANCAR XMAX, TRICITY & NVX
Di pameran motosikal IMOS yang sedang berlangsung di Jakarta Convention Centre (JCC) sekarang, Yamaha Indonesia turut menampilkan 3 produk baru di pasaran sana.
Tidak dinafikan, pasaran skuter automatik di Indonesia (disebut “skutik”) sangat besar lantas mendesak Yamaha memvariasikan produk dengan pelbagai pilihan. Skuter Mio diperbaharui dengan sistem Start/Stop sementara Yamaha Soul GT juga menerima perubahan yang sama

Menjadi “bintang” dalam gelanggang pelancaran Yamaha kali ini ialah Yamaha Aerox 155 (NVX), Yamaha Xmax 250 dan Yamaha Tricity.
Yamaha Aerox, seperti yang dilancarkan di Sepang minggu lalu, akan memasuki pasaran domestik Indonesia pada pertengahan Disember sementara Yamaha Xmax pula dikatakan akan diperkenalkan pada tahun depan. Kedua-dua model ini pasangkan di kilang Yamaha di sana.

Bagi model Tricity pula, ia akan diimport dari jiran, Thailand dan akan dijual bermula awal tahun depan.
