Buletin

UNTUNGLAA, 50 KAMBING BIRI-BIRI DAPAT ‘KERJA’ DENGAN VOLKSWAGEN

Kilang Volkswagen (VW) yang terletak di Chattanooga, Amerika Syarikat (AS) merupakan lokasi pemasangan ID.4 secara tempatan (CKD).

Bahkan, merupakan salah satu ladang solar terbesar yang menjana kuasa elektrik diperbaharui kilang automotif di AS.

Ia dikendalikan Silicon Ranch Regenaritive Energy, sistem solar 9.5 megawatt yang membekalkan sehingga 12.5 peratus tenaga elektrik di kilang terbabit.

Kilang VW tersebut menempatkan kira-kira 4,000 pekerja tetapi tidak semua tenaga kerja manusia.

Bagi mengatasi masalah di ladang solar terbabit, VW telah menggaji sekumpulan 50 ekor kambing biri-biri.

Ladang solar memerlukan tanah yang kukuh untuk menjadi lebih berkesan tetapi hakisan boleh mengundang masalah.

Justeru, khidmat kambing biri-biri amat ditagih untuk meragut rumput sambil menyuburkan tanah untuk mengatasi masalah hakisan.

Selain itu, kelebihan mengambil kambing biri-biri adalah ia dapat memasuki kawasan yang sukar dimasuki pemotong rumput tradisional.

Kambing biri-biri dipilih berbanding kambing biasa kerana ia mampu mengurangkan kerosakan terhadap panel dan kabel solar. – carbuzz

Google ads
Back to top button