Artikel Pilihan

SUDAH ADA AVANZA. MENGAPA MASIH ADA VELOZ?

Umum mengetahui, Toyota Avanza selama ini turut diangkat sebagai mobil sejuta umat di Indonesia. Tahap popularitinya sungguh ajaib. Sehinggakan ianya turut diangkat sebagai dijadikan teksi oleh Bluebird (pengendali teksi di sana). Tapi tahukah bahawa, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Toyota Avanza, PT Toyota Astra Motor selaku pengedar Toyota di Indonesia memutuskan untuk memperkenalkan pula Toyota Veloz kepada pasaran.

Ketika mula diperkenalkan di pasaran, sudah tentu Toyota telah memberikan sedikit perubahan dari segi aspek kosmetik luaran dan dalaman terhadap Veloz ini bagi memberikan perbezaan berbanding model Avanza. Sudah tentu penampilannya kelihatan sedikit garang dan agresif terutamanya dengan penggunaan rekaan bampar yang baharu. Begitu juga dengan ruangan kabin Veloz yang turut menerima beberapa ciri menarik yang tiada pada Avanza seperti skrin tambahan di bahagian untuk penumpang barisan belakang.

Dan ketika pengenalan generasi terbaharu Avanza yang baharu sahaja dilancarkan, Toyota Indonesia sekali lagi mahu mengangkat darjat Toyota Veloz berbanding Toyota Avanza. Paling ketara adalah Toyota Veloz ini dikeluarkan melalui kilang pemasangan di Kerawang milik Toyota berbanding Toyota Avanza yang dipasang oleh kilang Daihatsu di Sunter. Ini bermakna, Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia sememangnya dipasang oleh kilang yang sama.

Menurut laporan automotif di sana, langkah ini diambil bagi memperkenalkan Toyota Veloz sebagai sebuah model yang baharu berbanding dikenali sebagai salah satu varian milik Toyota Avanza. Mudah kata, Toyota Veloz ini seumpama Avanza versi premium, yang hadir dengan pelbagai ciri dan spesifikasi lebih mewah.

Melihatkan rupa luaran Toyota Veloz serba baharu ini pasti mudah untuk menarik perhatian sesiapa terutamanya rekaan bampar dan gril yang jauh lebih nampak bergaya dan elegan berbanding Avanza. Dan bagi memenuhi prinsip penampilan yang lebih premium, kemasan krom turut terdapat pada garisan selepas lampu utama sehingga ke garisan ke belakang badan.

Begitu juga dengan penggunaan rim bersaiz 17 inci yang kelihatan lebih gah berbanding penggunaan rim 16 inci milik Avanza. Pedulikan soal boleh tarik atau tidak Veloz ini. Bukannya nak masuk trek pun kan. Paling penting, Toyota mahu memberikan perasaan mewah dan eksklusif terhadap pemandu dan penumpang ketika memasuki ruangan kabin Toyota Veloz ini. Nak cerita lebih lebih, anda boleh membaca artikel tulisan Brian Paan tu.

Menurut sumber di sana, Toyota sudah bersedia untuk memasarkan jenama Veloz ini di pasaran luar. Mungkinkah Toyota Veloz ini juga bakal dibawa masuk ke pasaran kita tahun hadapan? Kalau dah premium sebegini, barulah sedap sikit nak nak bersaing dengan si Xpander. Iya tak? Tapi usahlah diharap harga serupa Avanza.

BACA : CIRI-CIRI MENARIK TOYOTA VELOZ. MEMANG CANGGIH

BACA : TOYOTA AVANZA VERSI FACELIFT 2019 TERDEDAH

Google ads

B K

Back to top button