Motosikal

VESPA GTS 300 SUPER SPORT – PALING AGRESIF, RM28,000

Kalau Vespa sedia ada tidak memenuhi kehendak dari segi kuasa dan prestasi, jangan bimbang kerana ada satu model yang pasti sesuai untuk anda.

Vespa GTS 300 Super Sport ialah versi paling agresif dalam siri GTS Vespa. Penampilannya yang sporty dan elegan diserlahkan lagi menerusi beberapa ciri estetik seperti cravatta, grafik baharu dan pelana berwarna hitam.

Memiliki saiz badan paling besar dalam rangkaian model Vespa, GTS 300 Super Sport nyata mewarisi legasi “Vespone” yang yakin, bergaya dan berstatus tinggi.

Ia dijana oleh enjin Quasar selinder tunggal bersesaran 300cc yang menawarkan kuasa maksimum 15.6kW pada 7,750rpm dan tork puncak 22Nm pada 5,000rpm. Enjin itu menjanjikan maklum balas pendikit yang pantas dan prestasi terbaik.

Vespa GTS 300 Super Sport juga didatangkan dengan sistem ABS dua saluran, sistem kawalan cengkaman ASR, tongkat sisi keselamatan elektrik dan kunci anti-kecurian.

Pemilik boleh mengubah suai jentera masing-masing menggunakan rangkaian luas aksesori. Ini termasuklah kotak kargo, pelindung kaki dan macam-macam lagi.

Bagi meningkatkan kemudahan pengguna, Vespa GTS 300 Super Sport dilengkapi sistem bukaan elektrik jarak jauh, bike finder dan port USB.

Ditawarkan pada harga bermula RM28,000 seunit, Vespa GTS 300 Super Sport hadir dalam dua warna menark iaitu merah dan kelabu.

GALERI

Google ads
Back to top button