WULING BAKAL LANCAR HONGGUANG MINI EV LEBIH AWAL DI INDONESIA. HARGA MAMPU MILIK
Kereta elektrik kompak popular di china, Wuling HongGuang Mini EV dilapor akan dilancarkan lebih cepat daripada jadual ke pasaran Indonesia. Ini kerana EV itu sudah didaftarkan di Bahagian Harta Intelek, Kementerian Undang-undang dan Hak Manusia republik berkenaan.
EV mini itu mendominasi pasarankereta di China dengan rekod penyerahan lebih 500,000 unit. Sebelum ini, jentera itu pernah dipamerkan pada acara GIIAS 2021. Wuling sebelum ini ada mengumumkan bahawa ia akan memasang HongGuang Mini EV di Indonesia pada tahun ini.
HongGuang Mini EV menggunakan platform Global Small Electric Vehicle (GSEV) Wuling. “Kejayaannya di pasaran China dan permintaan dari luar negara memberi motivasi kepada Wuling untuk menawarkan kenderaan elektrik dan menmbangunkan ekosistem EV di Indonesia,” kata Naib Presiden Wuling Motors Indonesia, Han Dehong.
Wuling mahu melancarkan EV pertamanya tahun ini kerana ia dilihat mempunyai momentum yang terbaik. Apatah lagi ketika industri automotif terutama EV memerlukan masa untuk dipasarkan berdasarkan kepada perspektif pasaran. Justeru, ini adalah masa yang tepat.
Han Dehong mengakui pasaran EV di Indonesia sangat besar. Kerajaan juga membantu dalam menggalakkan pertumbuhan ekosistem EV melalui pelbagao polisi yang memberi ransangan supaya pengguna beralih kepada EV.
Menyentuh tentang harga pula, Wuling masih enggan untuk mendedahkannya. Namun, ia dijangka ditawarkan pada harga mampu milik.