Motosikal

KALAU NAK MENANG MOTOGP, KREW DAN USAHA MESTI MACAM PASUKAN F1 – ROSSI

SHARE

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi memberitahu pasukannya perlu meningkatkan usaha seperti pasukan Ducati dan Honda jika mereka ingin kembali menjuarai perlumbaan MotoGP. 

Rossi menyifatkan tahap kepakaran dan dedikasi kakitangan kedua-dua pasukan tersebut hampir setaraf dengan Formula 1. 

Prestasi pasukan Yamaha pada musim 2017 memang tidak memberangsangkan. Kemarau kemenangan dilihat terus menghantui mereka sepanjang tahun 2018 sebelum ia dipecahkan oleh pelumb Maverick Vinales di litar Australia. 

Itulah satu-satunya perlumbaan yang dimenangi oleh pelumba Yamaha tahun lalu, sedangkan 17 lagi kemenangan dikongsi oleh pasukan Ducati dan Honda. 

Biarpun Rossi dan Vinales berada di tempat ketiga dan keempat secara keseluruhannya, pasukan Yamaha tidak lagi di kedudukan dua teratas buat pertama kali sejak tahun 2007 apabila memungut mata paling rendah. 

Rossi berpendapat kejatuhan Yamaha sepanjang dua musim lalu adalah kerana ia tidak melabur dari segi jumlah tenaga kerja sewaktu perlumbaan. 

“Sejak kebelakangan ini, terutama satu setengah tahun yang lalu, situasi teknikal dalam MotoGP sudah banyak berubah. Ducati menjadi pasukan pertama yang menambah bilangan kakitangan dan jurutera, 

“Ia seakan-akan hampir dengan Formula 1 dan trend itu diikuti oleh Honda. Saya pernah suarakan perkara ini.  Untuk menang MotoGP sekarang, anda perlukan usaha seperti ini. Kita perlu tengok adakah ia akan berlaku pada Yamaha,” kata Rossi. 

Pelumba veteran itu berbeza pendapat dengan rakan sepasukan Vinales selepas ujian terakhir di liter Jerez tahun lalu. Vinales menyatakan kelajuan yang mampu dicatatnya membuktikan Yamaha cukup bersedia untuk bersaing pada tahun ini.       

Manakala Rossi pula merasakan uah suai jentera YamahaYZR-M1 yang digunakan di Jerez bukanlah penambahbaikan yang mereka mahukan. Beliau juga menyifatkan jentera itu tidak jauh berbeza dengan jentera sebelumnya. 

Di sebalik cadangan Yamaha mungkin perlu mengasingkan pembangunkan jentera agar dapat disesuaikan oleh kedua-dua pelumba, Rossi mengakui bahawa dia gembira dengan cadangan yang dibuat oleh Vinales. 

“Jika Yamaha membawakan sesuatu yang baru untuk Vinales, saya gembira kerana boleh mencubanya,” jelas Rossi. 

Tags
Google ads
Back to top button