Motosikal

YAMAHA RX-Z TWINBOSS UNTUK DIJUAL – ENJIN TWIN 270CC, RM55K

Yamaha RX-Z Twinboss yang muncul juara ketika Inviational Bike Build Off di Art Of Speed (AOS) 2024 kini untuk dijual dengan harga RM55,000. 

Motosikal kustom hasil tangan Irwann Cheng dari FNGWorks itu mencuri tumpuan ekoran membolot anugerah pilihan pengunjung dan juri ketika di AOS tahun lalu. 

Hasil kemenangan itu turut menyaksikan RX-Z Twinboss bersama-sama Irwan dan pihak AOS berangkat ke Jepun bagi mewakili Malaysia di Yokohama Hot Rod Custom pada penghujung tahun lalu. 

Untuk rekod, RX-Z Twinboss bukan sekadar motosikal kustom yang biasa namun Irwann berjaya menggabungkan dua enjin RX-Z menjadi satu sekaligus terhasilah enjin berkembar 270cc.

Menurut info yang dikongsikan Irwann di Facebook, motosikal ikonik berkenaan kini berada di Ipoh, Perak dan pembelian akan disertakan degnan geran lengkap bersama nombor rangka dan enjin yang asal. 

Antara pengiktirafan diterima RX-Z Twinboss ini termasuk:

  • Top 10 2024 Bike Exif Editor’s Choice Award 2024
  • Rough Crafts Pick Award – Yokohoma Hot Rod 2024
  • Cool! Mooneyes Award – Yokohoma Hot Rod 2024
  • Katies Customs Pick Award – AOS 2024
  • Public Choice Award – AOS 2024
  • Judges Choice Award – AOS 2024

Menurut Irwan, motosikal berkenaan dijual bagi mendapatkan dana untuk projek seterusnya. Ini bermakna rakyat Malaysia sekali lagi bakal disajikan dengan projek baharu oleh Irwann yang bakal menarik perhatian ramai.

Google ads
Back to top button