Motosikal

YAMAHA UMUM PASUKAN LUMBA

Bertempat di hotel Sama-Sama KLIA Sepang kelmarin, Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan pasukan dan penunggang untuk musim perlumbaan 2014. 

YAMAHA MOTORSPORTS PRESS CONFERENCE

Tahun lalu, Yamaha memperoleh kemenangan kali ke-200 dalam perlumbaan MotoGP dan GP500. Tahun ini, Yamaha akan kembali bersaing untuk memenangi gelaran dalam MotoGP menerusi dua pasukan dan empat orang pelumbanya.

YAMAHA MotoGP TEST RUN AT SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Pasukan Yamaha Factory Racing Team sekali lagi mempertaruhkan pelumba Jorge Lorenzo yang menduduki tempat kedua dengan lapan kemenangan pada musim lalu. Menyertai Lorenzo ialah Valentino Rossi yang berada di ranking keempat menerusi satu kemenangan dan enam podium.

YAMAHA MotoGP TEST RUN AT SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Pasukan satelit Monster Yamaha Tech 3 pula menyenaraikan Bradley Smith untuk tahun kedua selepas berjaya menempatkan diri di rangking ke-10 dalam musim MotoGP 2013. Smith akan berlumba bersama Pol Espargaró yang menyertai pasukan itu setelah menjuarai Kejohanan Dunia Moto2.

YAMAHA MotoGP TEST RUN AT SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Semua pelumba ini akan menggunakan jentera YZR-M1 yang sudah pun memenangi enam gelaran MotoGP.

Bagi Kejohanan Dunia Motocross FIM, pasukan Yamaha Factory Racing Team akan bersaing dalam kelas MXGP menerusi perlumba Jeremy Van Horebeek. Manakala kelas MX1 diwakili oleh pelumba Christophe Charlier. Mereka akan menggunakan jentera YZ450FM yang menerima talaan khas.

YAMAHA MOTORSPORTS PRESS CONFERENCE

Pada majlis yang sama, Yamaha turut menyampaikan Anugerah Pelumba Yamaha. Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian para pelumba Yamaha di seluruh dunia dalam sukan bermotor.

YAMAHA MOTORSPORTS PRESS CONFERENCE

Penerima Anugerah Pelumba Yamaha 2014 “The Spirit of Challenge” ialah:

1.Katsuyuki Nakasuga (Jepun)

2.Decha Kraisart (Thailand)

3. Ahmad Afif Amran (Malaysia)

4. Vingie Coloma (Filipina)

5. Sigit Purno Harjono (Indonesia)

Tahniah!!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button