Motosikal

YAMAHA YZF-R1 & YZF-R1M

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk melancarkan dua model supersport baharu iaitu YZF-R1 serta varian lebih mewah, YZF-R1M.

Yamaha-YZF-R1-mekanika (7)

Kedua-dua jentera itu bakal diperkenalkan ke Eropah pada Mac 2015, sebelum menjengah pasaran Amerika Utara. Ia dijana oleh unit enjin empat silinder sebaris berkapasiti 998cm3 dengan sistem penyejukan cecair.

YZF-R1 dan YZF-R1M 2015 dibina berdasarkan kepada konsep “High Tech Armed Pure Sport” Yamaha. Disifatkan sebagai model supersport sebenar, ia sarat dengan pelbagai teknologi termaju.

Yamaha-YZF-R1-mekanika (4)

Jentera itu dibina untuk menjadi mesin paling laju di atas litar. Justeru, ia membenarkan para penunggang merasai sendiri falsafah teknikal di sebalik jentera MotoGP Yamaha, YZF-R1M.

Dengan kuasa mencecah 200hp, YZF-R1 dan YZF-R1M menjadi supersport komersial pertama yang dilengkapi alat pengesan 6-axis. Alat itu mengesan tiga paksi sudut halaju (velocity) dan tiga paksi pecutan.

Yamaha-YZF-R1-mekanika (5)

Ditambah dengan sejumlah teknologi tercanggih yang lain, alat pengesan Yamaha mampu menawarkan kualiti pengendalian dan prestasi mengagumkan.

Mengambil beberapa ciri terbaik daripada model YZF-R1M, reka bentuk kedua-dua jentera ini berasaskan kepada R-DNA konsep “Speed Racer” Yamaha. Ia menggabungkan siluet kecil, penyatuan di antara penunggang dan motosikal serta kurang lampu pada bahagian hadapannya.

Yamaha-YZF-R1-mekanika (3)

Model high-end YZF-R1M juga dilengkapi sistem suspensi yang dikawal secara elektronik, fairing gentian karbon ringan dan paparan digital yang merekodkan data perlumbaan.

Yamaha-YZF-R1-mekanika (1)

Yamaha optimis bahawa YZF-R1 dan YZF-R1M bukan sahaja akan diterima baik di negara-negara maju, malah di pasaran negara membangun.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button