Motosikal

9 CIRI BARU BMW R1250GS UNTUK TAHUN 2019 – MAKIN LAMA MAKIN CANGGIH

Antara motosikal Adventure Enduro paling popular semestinya ialah BMW GS-Series selain Ducati Multistrada. Tapi kita lupakan jejaka Itali seketika dan fokus kepada jejaka Jerman keluaran BMW Motorrad. Khas untuk tahun 2019, BMW Motorrad telahpun mempersiapkan senjata baru mereka yang dinamakan R1250GS MY2019 dan info terbaru yang diterima menyatakan model baru ini mempunyai 9 ciri baru sebagai tambahan kepada versi 2018 (R1200GS).

  1. Sesuai dengan nama barunya R1250GS, ia kini dilengkapkan dengan enjin baru dengan sesaran 1254 cc. Naik sedikit lagi berbanding 1170 cc sebelumnya. Hasilnya ialah kuasa dan tork yang lebih baik. Jika R1200GS mempunyai kuasa [email protected] kini angka tersebut naik kepada [email protected] Tork maksimanya pula meningkat daripada 125 Nm kepada 142 Nm.

  1. Bukan itu sahaja, BMW R1250GS ini juga dilengkapkan dengan teknologi injap pelbagai (variable valve) pada enjin boxer yang dinamakan BMW ShiftCam. Alah kira macam enjin VTEC tapi kali ini dengan teknologi BMW khusus untuk motosikal.

  1. Ia juga kini dibekalkan dengan muffler baru yang dikatakan akan meningkatkan lagi prestasinya. Bukan itu sahaja ia juga nampak lebih moden dan berhaya.

  1. BMW R1250GS ini juga akan dilengkapi dengan dua mod tunggangan, ABS, Automatic Stability Control (ASC – sistem kawalan cengkaman BMW) dan sistem Hill Start Control. Ia merupakan ciri standard untuk semua varian R1250GS.

  1. Jika dua mod tunggang standard itu belum mencukupi, terdapat satu lagi mod tambahan sebagai pilihan dan dinamakan Riding Mode Pro. Ia adalah gabungan Dynamic Tractin Control (DTC), ABS Pro, Hill Star Control Pro dan Dynamic Brake Assistant (DBC).

 

  1. R1250GS ini juga menggunakan sistem suspensi elektronik dinamik (ESA) generasi baru dengan ciri agihan bebanan automatik sebagai ciri standard.

  1. Jika lampu utamanya sebelum ini cukup menarik, ia kini lebih menarik dengan rekaan LED terbaru.

  1. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai paparan instrumentasi baru pelbagai fungsi bersaiz 6.5 inci TFT untuk paparan yang lebih jelas dalam semua keadaan cuaca.

  1. Akhir sekali sebagai pelengkap ciri keselamatan, BMW R1250GS baru ini memiliki Intelligent Emergency Call yang merupakan ciri pilihan untuk perlindungan anda sewaktu berkembara.

Google ads
Back to top button