Artikel Pilihan

HAYDEN PADDON BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC2

Bekas pemandu World Rally Championship (WRC) dari New Zealand Hayden Paddon mengesahkan bahawasanya beliau bakal kembali semula ke kempen WRC dan beraksi dalam kategori WRC2 bermula pertengahan musim ini sehingga ke kempen WRC tahun hadapan.

Hayden Paddon, jejaka yang berasal dari New Zealand berusia 34 tahun sebelum ini pernah menyertai pasukan Hyundai pernah memenangi perlumbaan di Rally Argentina pada tahun 2016 dan kini hanya giat berlumba di kawasan serantau Asia Pasifik sahaja setelah meninggalkan WRC.

Hayden Paddon mengesahkan bahawa beliau bakal berlumba kempen WRC musim dengan permulaan di Rally Estonia (14 – 17 Julai), Rally Finland (4-7 Ogos) dan paling penting kembali ke rumah beliau, Rally New Zealand (29 September – 2 Oktober) dan menjangkakan untuk beraksi penuh bagi musim kempen 2023. Dan untuk mencapai hasrat itu, Hayden Paddon bakal memandu dengan kereta rali yang handal, Hyundai i20 N Rally2 dengan kerjasama Hyundai New Zealand.

“Kami gembira untuk mengumumkan untuk bekerjasama dengan Hyundai New Zealand bagi kempen WRC2 selama 2 tahun berserta dengan jentera Hyundai i20 N Rally2. Tahun ini kami merancangkan untuk menyertai kempen WRC2 bagi membolehkan kami meningkatkan kelajuan bersama kereta Hyundai i20 N Rally2 yang hebat sebelum menyertai penuh kempen WRC2 bagi tahun 2023 dengan sasaran untuk merangkul kejuaraan WRC2”, ujar Hayden Paddon.

Dengan ini bermakna, Hayden Paddon akan bekerjasama dengan Hyundai New Zealand meliputi krew dan juga pengurusan sekaligus membawa nama negara Kiwi tersebut ke pentas dunia.

Kali terakhir Hayden Paddon beraksi dalam pentas WRC adalah sewaktu Wales Rally GB 2019 bersama pasukan M-Sport Ford dan kemudiannya beliau hanya beraksi dalam aksi rali di negara kelahirannya sahaja dengan menggunakan Hyundai i20 AP4. Malah pasukan beliau dan juga Hyundai New Zealand sempat membina sebuah jentera rali EV sepenuhnya dengan menggunakan model Hyundai Kona.

Sudah tentu untuk aksi rali di New Zealand kelak bakal menjadikan beliau antara bintang yang ingin dilihat beraksi cemerlang. Yang pasti, aksi jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan layangan warna All Black ini pasti menjadi tumpuan kelak.

BACA : MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

BACA : CITROËN C3 RALLY2 – TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU

Google ads

B K

Back to top button