Buletin

SKODA OCTAVIA RS SIAP SIAGA JADI JENTERA POLIS BRITAIN

Jentera terbaharu Skoda Octavia RS sudah siap sedia untuk digunakan oleh pihak Polis Britain.

Model dikenali sebagai vRS di negara terbabit mendapat khidmat enjin 2.0 liter TSI empat silinder mampu menjana kuasa mencecah 242 hp dengan transmisi automotakik DSG tujuh kelajuan.

Menariknya tentang kereta yang bakal digunakan polis Britain ini, ia berkemampuan memecut 0-100 km/j dalam tempoh 6.7 saat.

Jentera polis ini menawarkan perubahan dengan didatangkan lampu LED berkuasa tinggi di bahagian hadapan, grill, lampu belakang dan nombor plat. Ia turut mendapat siren tiga tona.

Octavia vRS didatangkan stereng kulit sport dengan pelbagai fungsi dan kerusi bahagian hadapan sporty.

Pasukan pakar Skoda boleh melakukan modifikasi terhadap kenderaan berkenaan mengikut kemahuan unit-unit polis dan pegawai yang bakal menggunakan kereta itu kelak.

Sebagai contoh, terdapat kamera Automatic Number Plate Recognition (ANPR) yang memudahkan pihak berkuasa mengesan kesalahan pemandu.

Bahkan, bagi unit anjing pengesan, ia didatangkan penghawa dingin tambahan untuk keselesaan anjing tersebut.

Model RS ini turut menawarkan sistem sambungan dan teknologi yang terkini seperti paparan 10 inci, panel instrumen Virtual Cockpit, lampu utama LED Matrix dengan sistem AFS, Adaptive Cruise Control, sensor parkin di bahagian depan dan belakang.

Biarpun model yang digunakan pihak polis merupakan spesifikasi 2.0 TSI 242 HP DSG tetapi dijangka versi 2.0 TSI dan 2.0 TDI diesel DSG dengan 197 hp serta pilihan pacuan empat roda bakal memasuki pasaran dalam masa terdekat.

Begitu juga dengan model elektrik RS pertama, Octavia RS iV DSG. –carscoops

Google ads
Back to top button