Motosikal

BAJAJ AUTO CATAT PERTUMBUHAN JUALAN 22% PADA JUN 2021

Pengeluar motosikal terkemuka India, Bajaj Auto melaporkan peningkatan jualan memberangsangkan sebanyak 22 peratus sepanjang Jun 2022. 

Peningkatan jualan itu berikutan kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan di India selepas negera tersebut teruk dibadai gelombang kedua jangkitan COVID-19. Kelonggaran itu membolehkan kilang beroperasi dalam kapasiti penuh dan bilik pameran kembali dibuka. 

Sepanjang Jun 2021, Bajaj berjaya menual 155,640 unit motosikal di India, berbanding 146,695 unit pada Jun 2020. Ia merupakan kenaikan sebanyak enam peratus. Import memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jualan Bajaj pada bulan lalu dengan 154,938 unit motosikal dijual di pelbagai pasaran seluruh dunia. 

Angka itu merupakan kenaikan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

 Bermula suku kedua 2021, Bajaj sudah menjual 899,355 unit motosikal di pasaran India dan global. Ia adalah kenaikan mendadak berbanding tahun lalu yang hanya mencatat 399,929 unit. 

Bajaj mengakui prestasi jualannya yang suram pada tahun 2020 banyak disumbangkan oleh faktor kawalan pergerakan. Ia juga terpaksa menghentikan sementara operasi buat seketika dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 tahun lalu. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button