Motosikal

BMW R NINE T – RM115,800

BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan BMW R nineT baharu, sebuah roadster klasik yang dicipta untuk meraikan 90 tahun BMW Motorrad.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (1)

Mewakili intipati 90 tahun perjalanan BMW Motorrad yang begitu mengujakan, BMW R nineT sememangnya menggambarkan masa lampau syarikat melalui satu konsep unik mengenai keseronokan tunggangan sebenar.

Ia disampaikan menerusi reka bentuk klasik, minimalis dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal. Reka bentuk BMW R nineT yang tidak pernah wujud sebelum ini mencetuskan hubungan emosional di antara manusia dan mesin.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (4)

Dengan isyarat gayaan yang definitif dan ciri teknikal tercanggih, BMW R nineT dibina untuk mereka yang gemarkan pengubahsuaian, sekali gus membolehkannya ia dicipta menjadi sebuah jentera yang benar-benar unik.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (5)

BMW Group Malaysia yakin bahawa pengenalan BMW R nineT dan BMW S 1000 R baharu yang mampu menjangkau kelompok pelanggan lebih luas, prestasi pertumbuhan jenama premium itu di pasaran Malaysia akan terus berkembang.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (22)

“Berdasarkan kejayaan kami pada suku pertama 2014, saya yakin BMW Group Malaysia akan mengikut kejayaan rakan-rakan kami di peringkat global. Kami berbesar hati untuk mengumumkan sebanyak 105 unit motosikal Motorrad telah diserahkan kepada pelanggan sehingga Mac 2014. Ia merupakan peningkatan sebanyak 8% berbanding 97 unit motosikal Motorrad yang dihantar kepada pelanggan dalam tempoh sama tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

Digabungkan dengan sejumlah kecil komponen yang dihasilkan secara teliti, BMW R nineT tampil sebagai sebuah motosikal yang memiliki tema gayaan klasik dan moden bersama kemasan berkualiti tinggi jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (16)

Sekali pandang, kematangan dan keseimbangan BMW R nineT boleh dilihat dengan jelas menerusi lampu utama berbentuk bulat yang diposisikan secara menegak. Lampu itu kemudian digabungkan dengan warna kontras tiub fork terbalik yang disadur warna emas.

Bentuk klasik enjin boxer pula memberikan garis keseluruhan yang kemas pada BMW R nineT. Satu kluster instrumen yang terdiri daripada dua unit speedometer klasik berbentuk bulat dan tolok kaunter rev (rev counter gauges) diintegrasikan dengan harmoni bersama reka bentuk hadapan roadster klasik ini.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (17)

BMW R nineT dikuasakan oleh enjin boxer dwi silinder longitudinal yang sudah begitu sinonim dengan motosikal keluaran BMW sejak 90 tahun lalu. Selaku nadi kepada BMW R nineT, enjin boxer bersesaran 1,170cc dengan sistem penyejukan udara atau minyak itu mampu menawarkan kuasa sehingga 81kW (110hp) @ 7,550rpm dan tork puncak 119 Nm @ 6,000rpm dengan tahap rev maksimum ditetapkan pada 8,500rpm. Kuasa daripada enjin boxer kemudian dihantar ke roda belakang roadster klasik ini melalui aci pacu kardan dan kotak gear enam kelajuan.

Melihat ke sebelah kiri BMW R nineT, anda boleh melihat satu sistem ekzos dengan dua unit penyenyap diserlahkan melalui paip tahan karat yang diletakkan di atas antara satu sama lain.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (19)

Untuk penunggang yang mahukan sentuhan lebih personal kepada roadster klasik ini, BMW Motorrad ada menawarkan pelbagai pilihan penambahbaikan ke atas sistem ekzos. Misalnya, memasang unit penyenyap titanium Akrapović dengan pelindung haba karbon yang nyata menambah aspek kehalusan teknikalnya.

Biarpun berpenampilan tradisional, BMW R nineT menggunakan roda jejari lidi berkualiti tinggi. Ia terdiri daripada rim aloi yang disadur warna hitam tanpa bebibir, hab tuang aluminium, jejari lidi besi tahan karat dan tayar dengan tiub.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (20)

Rim lidi klasik itu kemudian dikontraskan menerusi brek cakera berkembar berprestasi tinggi yang sangat sofistikated untuk dipadankan dengan prestasi dinamik BMW R nineT. Sudah pasti, BMW R nineT hadir dengan BMW Motorrad ABS yang dipasang sebagai ciri standard, sama seperti semua motosikal BMW.

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (15)

Akhir sekali, BMW R nineT didatangkan dalam skim warna hitam klasik dengan kontras warna perak dan metalik untuk menyerlahkan rasa motosikal klasik yang sebenar. Model ikonik ini boleh anda miliki pada harga RM115,800 seunit!

[hr]GALERI

BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (6)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (7)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (8)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (9)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (12)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (13)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (14)BMW-R-nineT-RM115,800-Mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button