Motosikal

DUCATI BANGUNKAN MOTOSIKAL DENGAN TEKNOLOGI RADAR

Ducati kini dilapor sedang membangunkan motosikal yang dilengkapi teknologi radar pada bahagian hadapan dan belakangnya.

Dijangka siap menjelang tahun 2020, teknologi radar itu dibangunkan bersama pihak Universiti Politecnico di Milano.

Teknologi tersebut bukan sahaja akan mengesan kenderaan lain yang berada dalam titik buta, malah mengenal pasti keadaan trafik di hadapan sebelum menyalurkan maklumat itu  kepada sisrem kawalan jelajah adaptif motosikal.

Ducati juga merancang untuk memasang pelbagai sistem amaran penunggang. Ia membantu penunggang menyedari ada kenderaan lain yang laju mendekati mereka dari arah belakang, wujud risiko pelanggan di hadapan dan sebagainya.

Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2025 Ducati yang bertujuan menambah lebih banyak ciri keselamatan ke dalam jentera keluarannya.

Program itu sudahpun bermula apabila Ducati mengimplementasikan ciri cornering ABS dan memasang teknologi beg udara Dainese D-Air pada model Multistrada 1200.

Ducati dilihat berusaha untuk menukar imej jenama dan meletakkan dirinya sebagai pengeluar motosikal premium yang lebih selamat. Justeru, ia akan memasang ciri cornering ABS pada semua motosikalnya dalam masa terdekat.

Google ads
Back to top button