Motosikal

DUCATI BUKA PUSAT LATIHAN TERCANGGIH DI RAYONG, THAILAND

Ducati baru sahaja membuka pusat latihan terbaharunya di kilang Ducati di Rayong, Thailand.

Kemudahan canggih itu dibina bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan dalam semua aspak dalam rangkaian pengedar Ducati di rantau Asia Pasifik. 

Mulai sekarang, semua latihan, persijilan Ducati Riding Experience (DRE) dan teknikal akan dijalankan di Pusat Latihan Ducati Asia Pasifik (Ducati APAC). 

“Program latihan yang terbaik di dunia tiada ertinya tanpa kesungguhan untuk melaksakannya secara konsisten dan penuh semangat. 

“Kami kini mempunyai sebuah pusat latihan yang canggih yang membolehkan Ducati menawarkan latihan jenama dan teknikal yang terbaik kepada semua kakitangan dari rangkaian Ducati di Asia Pasifik,” kata Pengarah Ducati bagi Pasaran Asia, Dominique Cheraki.  

Sejak tahun lalu, Ducati APAC sudahpun menjalankan Genius Program yang merangkumi satu siri kursus dan latihan.

Ia bukan sekadar mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman juruteknik Ducati, malah membentuk haluan kerjaya mereka berdasarkan kepada tahap pengalaman dan sijil yang dimiliki. 

Pusat Latihan Ducati APAC memiliki keluasan 200 meter persegi. Terima kasih kepada susun atur modular, ia boleh menjalankan beberapa sesi latihan secara serentak.

Dengan adanya teknologi augmented reality. lathan enjin dan bengkel, lebih 230 orang juruteknik serta 100 orang kakitangan pengedar mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di rantau ini. 

Kemudahan itu sudah beroperasi dengan kumpulan kakitangan dari Thailand, India, China dan Korea dijadual menggunakannya minggu depan. 

Tags
Google ads
Back to top button