Modifikasi

PROTON SAGA HIJAU ENJIN EFI

Proton Saga dibina bagi membolehkan rakyat Malaysia membeli sebuah kereta penumpang mampu milik. Sebelum itu, Proton menandatangani MoU dengan Mitsubishi Motors Japan untuk menjadi rakan strategik membantu Proton menghasilkan kereta pertama mereka.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (9)

Dari situ, Malaysia berubah, dari negara pertanian menjadi negara perindustrian secara serius. Banyak kilang mula melabur, pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia juga rancak sebab pada masa itu kedudukan Malaysia yang sangat strategik dan stabil.

Malaysia ada infrastruktur dan insentif yang sangat menarik. Maka syarikat multinasional seperti Sony, Konica, Motorola dan Intel mula melabur. Itu belum termasuk berpuluh-puluh lagi syarikat perkapalan dan industri pembinaan.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (5)

Saya rasa pada masa itu kekayaan negara dibahagi sama rata. Tak dengar pula anak menteri beli Testarossa atau Countach. Beza betul dengan sekarang ini yang semuanya mahal dan kekayaan hanya dinikmati oleh satu golongan sahaja.

Baiklah. Tahun ini,  Proton Saga berenjin Orion pertama yang kita lihat dilancarkan Tun Mahathir itu akan mencapai umur 31 tahun. Lebih bangga lagi, masih banyak kereta ini dipandu di jalan raya menunjukkan ia sebuah jentera berteknologi Jepun yang sangat reliable.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (7)

Tapi saya percaya, ia banyak didorong oleh segelintir penggemar yang gemar membuat restorasi dan modifikasi kereta ini. Memang payah nak jumpa Saga dalam keadaan standard kilang sepenuhnya.

Saga milik Fairuz ini merupakan generasi kedua Proton berenjin megavalve. Enjin 4G15 yang diperkenalkan pada 1998 ialah enjin paling lama dalam produksi Mitsubishi. Sehinggakan CEO Proton masa tahun 2005 (kalau tak silap) beritahu Saga ini tak ada alat ganti karburetor dah. Kalau tak, mungkin Proton pasang lagi sampai sekarang.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (14)

Saga hijau ini tak mahu hadapi masalah alat ganti dan kuasa yang terhad itu. Justeru, Fairuz menggantikan terus enjin lama dengan enjin EFI. Agak jarang berlaku juga orang pasang enjin 4G61 NA SOHC ni. Kalau tak salah saya, ini memang yang pertama kami jumpa.

Enjin ini boleh masuk ke dalam bay Saga dengan ubah suai mounting yang minimum. Seperti ramai orang yang pentingkan reliabiliti berbanding kuasa, enjin ini  tidak diusik. Semuanya dalam keadaan asal.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (2)

Pengubahsuaian terhad pada penapis udara HKS dan beberapa hos biru yang cuma nak bagi sama dengan tema enjin. Selain itu ialah satu set ekzos baru melibatkan manifold 4-2-1, paip 2.5 inci dan peredam bunyi APEXi.

Kereta ini dibina lebih kepada tujuan restorasi dan JDM. Jadi, tumpuan pemiliknya dah tentulah di bahagian kosmetik. Menjerihkan juga kalau nak buat balik badan Saga yang pastinya sudah banyak karat.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (10)

Fairuz menghabiskan banyak masa membetulkan bahagian yang lusuh dan mengakhirinya dengan warna hijau terang. Bahagian depan digantikan dengan alat ganti C12 Fiore, sunroof Toyota dan sekeping spoiler BMW E30. Skirting wajib sudah tentu daripada VR4.

Hasil akhir itu dipadankan dengan rim drag 15 inci bersama tayar Federal bersaiz 195/55r15. Kereta simetri, warna hijau, naik sunroof dan kacuk dengan rim stail olskul sikit. Saga ni memang nampak mengancam.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (12)

Bahagian dalaman nampak moden-klasik dengan papan pemuka Fiore C12. Ia digandingkan dengan stereng Nardi Torino dan sepasang kerusi bucket SSCUS di depan. Bahagian lain dibiarkan macam asal. Saga tak perlu aksesori mengarut yang hanya akan buat kawan-kawan anda boleh mencarut.

Saya yakin, dalam masa 10 tahun lagi, Saga akan terus meriah. Walaupun sekarang macam perasan demam Saga dah tak berapa nak panas.

Proton-Saga-megavalve-mekanika (6)

Tetapi sebenarnya masih ada sekumpulan kecil yang jauh dari perhatian manusia. Tak pergi autoshow, tak masuk pertandingan dan hanya hidup dalam dunia sendiri. Nak cari pun kena panggil kabel besar-besar baru boleh jumpa.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button