Motosikal

DUCATI MONSTER 796 CORSE STRIPE

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) semalam memperkenalkan varian Monster terbaharu dikenali sebagai Ducati 796 Corse Stripe di Ducati Centre, Petaling Jaya. 

SONY DSC

Mengekalkan aspek mesra pengguna yang ada pada model Ducati 696, jentera itu juga digabungkan dengan sifat sporty jentera 1100. Ditawarkan pada harga RM63,888 seunit, Ducati 796 Corse Stripe membawakan kembali magis model pertengahan Ducati kepada keluarga Monster.

“Selepas diperkenalkan 20 tahun lalu di Cologne Motorcycle Show 1992, rangkaian model Monster terus menarik perhatian peminat motosikal di seluruh dunia. 796 ialah sebuah jentera naked Itali yang sofistikated dan bakal menjadi ikon urban,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

SONY DSC

Motosikal itu dikuasakan oleh enjin Desmodue 796 baharu bersesaran 803cc. Enjin dengan sistem penyejukan udara itu berupaya menjana kuasa sehingga 87hp @ 8,250rpm dan tork 78.6Nm @ 6,250rpm. Brek ABS dan kemasan jalur Corse pula memperkukuhkan lagi ciri sporty sebuah Ducati.

Ducati 796 Corse Stripe dibina di atas kerangka Trellis yang kukuh. Kerangka itu telah direka dan dibangunkan semula supaya fungsinya dapat dimaksimumkan. Jentera itu juga berpegang kepada konsep minimalis. Ia kini lebih ringan dan torquey demi menawarkan tunggangan yang lancar, responsif dan mengujakan.

SONY DSC

Dinamik pengendalian disumbang oleh fork Kayaba bersaiz 43mm untuk suspensi hadapan. Manakala swingarm sporty single sided dikawal oleh unit daripada Sachs dengan pegas gegelung serta peredam boleh laras bagi roda belakangnya.

Swingarm itu turut berperanan mengurangkan berat keseluruhan dan meningkatkan kualiti pengendalian. Bagi menambah keselesaan ketika menunggang, jentera itu menggunakan duduk baharu dan hendal diletakkan pada posisi lebih tinggi.

SONY DSC

“Kami menjangkakan model ini akan menyumbang sebanyak 35 peratus daripada jualan keseluruhan Ducati pada tahun 2014. Ducati Malaysia juga mensasarkan jualan motosikal Ducati akan mencatat empat angka pada tahun ini.

“Sasaran tersebut dapat direalisasikan melalui beberapa strategi seperti mengadakan program reach out kepada pelanggan, pengenalan model-model entry level, meningkatkan jumlah pengedar di seluruh negara serta menjadikan Ducati sebagai satu jenama gaya hidup,” kata Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood.

SONY DSC

Ducati Malaysia turut mengumumkan program Bengkel Keselamatan Ducati (DSC) untuk para pemilik motosikal Ducati. Ia merupakan sebahagian daripada program Ducati Riding Experience (DRE) yang berperanan memberi tunjuk ajar kepada para peserta supaya dapat menunggang dengan betul dan selamat.

Dikendalikan oleh tenaga berpengalaman, program tersebut melibatkan tiga peringkat iaitu beginner, intermediate dan advanced.  Para peserta yang menamatkan kursus ini akan diberikan sijil. Selain pengetahuan dan kemahiran bagaimana untuk mengendalikan jentera masing-masing dengan lebih baik.

SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai Ducati Malaysia, sila layari laman web: http://www.facebook.com/DucatiMY atau ikuti @Ducati_MY. Anda juga boleh menghubungi Ducati Centre Malaysia di talian 03-7956 7799 atau e-mel ke [email protected].

[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCMonster 796 Corse Stripe_003Monster 796 Corse Stripe_006

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button