Motosikal

INILAH BILIK PAMERAN DUCATI KEDUA TERBESAR DI ASIA TENGGARA. LIBATKAN PELABURAN RM1.5 JUTA

Bilik pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya kepada semua Ducatistis.

Menempatkan pusat servis antara paling besar buat jenama Ducati di Asia, Ducati PJ memiliki ruang seluas 16,339 kaki persegi.

Sementara ruang seluas 5,009 kaki persegi menawarkan lapan tempat penyelenggaraan dan mampu melakukan servis sehingga 450 buah motosikal sebulan.

Melibatkan pelaburan berjumlah RM1.5 juta, pelanggan juga dijanjikan dengan pengalaman pembelian premium. Ini kerana bilik pameran tersebut menggunakan Identiti Korporat (CI) terbaharu Ducati bersama beberapa ruang tersendiri.

Antaranya ialah ruang teknologi pakaian Ducati, aksesori dan Scrambler Camp. Pelanggan boleh memilih rangkaian aksesori menunggang seperti topi keledar, jaket, but, selain barangan rasmi Ducati dan Scrambler.

“Kami mahu Ducatistis menikmati pengalaman Ducati yang holistik. Dengan CI Ducati terkini, kami yakin Ducati PJ memberi peluang kepada pelanggan untuk berinteraksi dengan produk dan teknologi terbaharu Ducati.

“Seterusnya menaikkan lagi imej jenama ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,   Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Nik Hamdan Nik Hassan.

Bilik pameran ini turut mempamerkan model-model terbaik Ducati seperti Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950 dan Diavel 1260 S. Di samping Scrambler Café Racer dan Icon.

Mengulas tentang rancangan masa depan Next Bike, Nik Hamdan memberitahu pihaknya akan membuka sebuah pusat pengedaran baharu di wilayah Selatan menjelang separuh kedua tahun ini.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelumba pasukan MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

Google ads
Back to top button