
DUCATI SCRAMBLER ICON 2019 – LAMPU LED, 2 PILIHAN WARNA DAN BOSCH CORNERING ABS
Ducati baru sahaja melancarkan Scrambler Icon 2019 yang kini tampil lebih kontemporari, selesa dan selamat.
Bakal dijual bermula November depan, jenera itu hadir bersama panel sisi aluminium lebih tebal agar sepadan dengan reka bentuk tangki minyak dan lampu utama LED DRL baharu. Lampu isyarat membelok dengan ciri auto off juga LED.
Enjin dicat hitam, bilah kepala silinder dan rim memberikannya penampilan yang menawan. Ducati memastikan kedudukan suis yang lebih ergonomik untuk memudahkan penunggang melihat menu pada panel instrumen LCD. Oh ya, ia kini sudah ada penanda takat minyak akhirnya.
Keselesaan tunggangan ditingkatkan menerusi bar hendal yang tinggi, lebar dan menegak. Tempat duduk yang rata dan talaan suspensi turut membantu memberikan posisi tunggangan lebih relaks.
Aspek pengendalian dipertingkatkan dengan titk graviti yang rendah, tayar berbunga tebal dan Bosch Cornering ABS. Klac tangan hidraulik kini juga lebih ringan berbanding sebelumnya,
Scrambler Icon didatangkan dalam dua warna iaitu Atomic Tangerine dengan kerangka dan tempt duduk hitam bersama kemasan kelabu. Satu lagi pilihan ialah warna kuning ’62.
Jenama Ducati Scrambler dilancarkan pada tahun 2014 untuk menggabungkan teknologi terkini dengan gayaan Srambler tahun 1960-an. Ia bukan sekadar sebuah motosikal, tetapi lebih kepada satu bentuk gaya hidup.
Bersemangat bebas dan tidak mengikut orang lain, Ducati Scrambler telah mencipta dunia ‘Land of Joy’ di mana peminatnya boleh berkongsi pengalaman serta idea.
‘Land of Joy’ lebih berinspirasikan kepada muzik, filem, seni, fotografi, makanan jalanan dan bukannya prestasi motosikal. Pendekatan itu nyata memberikan pengalaman menunggang motosikal yang berbeza.
Sejak dilancarkan, lebih 55,000 unit Scrambler berjaya dijual di seluruh dunia. Ia juga dinobatkan sebagai 10 motosikal 500cc terlaris di peringkat global.
Populariti jenama itu boleh dilihat dengan jelas di premis Scrambler Camp yang terletak di Padua, Borgo Panigale, Barcelona dan New York. Di samping dua buah restoran Scrambler Food di Bologna.