Motosikal

YAMAHA JALIN KERJASAMA DENGAN PENGELUAR SKUTER ELEKTRIK GOGORO TAIWAN

Yamaha Motor Co., Ltd. dan Gogoro Inc. hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memulakan satu kaji selidik untuk membentuk kerjasama dalam perniagaan kenderaan elektrik di pasaran Taiwan.

Kolaborasi itu berkait rapat dengan perkembangan serta pengilangan skuter elektrik Gogoro untuk Yamaha, selain berkongsi sistem penukaran bateri. Tandangan kontrak rasmi dijangka dilakukan pada tahun ini.

Yamaha akan mereka bentuk elektrik skuter berdasarkan kepada model Gogoro dengan produksinya dikendalikan oleh syarikat Taiwan berkenaan.

Jualan skuter elektrik Yamaha di pasaran Taiwan bakal dijalankan menerusi saluran pengedaran Yamaha Motor Taiwan. Pelancaran model pertama dijadual pada musim panas 2019.

Rakan perniagaan Gogoro dan Yamaha Motor, Sumitomo Corporation memainkan peranan utama dalam menjayakan kerjasama ini. Yamaha Motor mula memasuki pasaran Taiwan pada tahun 1966 dan kini menjual sekitar 290,000 unit motosikal setahun.

Yamaha Motor Taiwan bertanggungjawab mengilang dan menjual skuter elektrik E-VINO serta mengeksportnya ke Jepun.

Melalui kerjasama dengan Gogoro, Yamaha Motor mahu mengembangkan tawaran produknya yang turut melibatkan motosikal berenjin petrol di Taiwan.

Di samping meningkatkan kemudahan pelanggan untuk menukar bateri skuter elektrik menerusi rangkaian sedia ada Gogoro.

Gogoro kini mempunyai 750 GoStations dan mahu menambah menjadi lebih 1,000 buah kemudahan itu menjelang tahun 2019. 

Google ads
Back to top button