
FORD BRONCO ‘BIG OLY’ DIJUAL PADA HARGA RM7.7 JUTA!!!
Ford Bronco 1969 yang lebih terkenal dengan panggilan Big Oly dijual pada harga AS$1.87 juta (RM7.7 juta) dalam acara lelongan, Mecum Auctions pada minggu lalu.
Jentera berkenaan dikatakan model Bronco terkenal di dunia malah dipandu pemandu legenda, Amerika Syarikat (AS), Parnelli Jones.
Jones pernah memenangi dua perlumbaan Baja 1000 dan merangkul kemenangan pada Baja 500 serta Mint 400 menggunakan jentera terbabit.

berkongsi sedikit sahaja kesamaan berbanding model Bronco hari ini.
Jentera off-road perlumbaan itu dibangunkan menggunakan kerangka chrome-moly space dan digabungkan ciri-ciri gentian karbon serta aluminium.
Bronco 19669 tersebut mendapat khidmat enjin Ford 351 V8 yang mampu menjana kuasa 390 hp dipadankan transmisi hidro C6 B&M.

Big Oly memiliki bahagian bumbung yang unik bersesuaian dengan perlumbaan off-road.
Jentera berkenaan membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Baja 1000 pada tahun 1970 tetapi gagal menghabiskan perlumbaan berikutan berdepan masalah teknikal.

Begitupun, Big Oly berjaya merangkul kejuaraan pada tahun 1971 dalam tempoh masa 14 jam 59 minit malah ia merupakan satu pencapaian dibanggakan apabila turut menewaskan motosikal paling pantas dalam perlumbaan itu.
Sejak bersara daripada perlumbaan, jentera berkenaan menjadi ‘bahan’ pameran di bandar kelahiran Ford, Dearborn, Michigan. – carscoops/motor1
- BACA: FORD BRONCO SASQUATCH KINI ADA 7 GEAR MANUAL!
- BACA: AWAS! FORD BRONCO TIRUAN BAKAL MUNCUL DARI CHINA – BIASA LA KAN
- BACA: FORD BRONCO 2021 LEBIH MANTAP DAN RUGGED
- BACA: FORD LABUR RM6 BILION UNTUK PRODUKSI BRONCO, RANGER SERBA BAHARU
GALERI:











