Motosikal

FOTO RASMI YAMAHA Y15ZR MOVISTAR 2016 – RM8,694 SEUNIT!

Akhirnya kami dapat foto rasmi motosikal yang memang ditunggu ramai ini. Sempena perlumbaan MotoGP yang akan berlangsung tidak lama lagi, Hong Leong Yamaha ada hadiah istimewa untuk peminat setianya di seluruh negara.

Yamaha-Y15ZR-GP-Movistar-Edition-mekanika (2)

Sebagaimana yang telah kami paparkan dalam laporan sebelum ini model Y15ZR GP Edition kini boleh anda miliki pada harga RM8,694.76 seunit. Harga itu termasuk GST, tanpa cukai jalan, insurans dan nombor plat. Seperti biasa, janganlah berharap dapat beli pada harga ini sebab semuanya sebab pasaran. orang berebut, harga melambung dan KPDNKK buat biasa, buat tak tahu.

Sebagaimana yang anda boleh lihat, model ini hadir dengan warna dan grafik baru. Walaupun itu sahaja yang berubah, Y15ZR GP Edition memang boleh buat ramai yang tengah pecah tabung ayam nak beli motor ni. seperti yang kami perhatikan, bahagian inner tengah dan kemasan pelindung tepi perak yang jadi nampak ketara perubahannya. selain itu, pelekat tema.

Yamaha-Y15ZR-GP-Movistar-Edition-mekanika (1)

Perasan tak, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) aktif betul dalam memasarkan moped premium mereka ini. Baru bulan Julai lepas mereka melancarkan warna baru (kelabu) untuk Y15ZR, sekarang keluar yang ini pula.

Abang Japar pun pernah tunggang uji motosikal ni. Minat betul sampai orang kat HLYM lapan kali telefon suruh pulangkan. Nasib baik dia pulangkan, kalau buat harta terus macam mana?

Google ads
Back to top button