
HONDA, GM BANGUNKAN SUV ELEKTRIK PROLOGUE
Dua gergasi automotif dunia, Honda dan General Motors (GM) bergabung tenaga dalam penghasilan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik dikenali sebagai Prologue.
Jentera Prologue dijangka akan berada di pasaran pada tahun 2024 dan merupakan salah satu daripada dua kenderaan hasil kerjasama dua syarikat terbabit.
Ia akan menggunakan pek bateri Ultium iaitu pek sama yang bakal diguna model EV GM iaitu GMC Hummer EV dan Cadillac Lyriq.
Perkataan Prologue merujuk kepada sesuatu yang menjadi detik permulaan kepada sesuatu lebih besar.
Ia memberi gambaran bahawa SUV pertama berkenaan merupakan gelombang pertama jentera elektrik daripada dua pengeluar itu bakal ‘menguasai’ jalan-jalan di Amerika Syarikat (AS) terutama apabila Honda meletak sasaran kenderaan emisi sifar menjelang tahun 2040.
Honda tidak mendedahkan sebarang perincian berhubung SUV elektrik terbaharu itu.
Bagaimanapun, pengeluar Jepun itu bertanggungjawab dalam rekaan dalaman dan luaran manakala GM pula mengendalikan platform dan drivetrain dipadankan teknologi bateri baharu GM Ultium.
Kedua-kedua SUV terbabit akan dibangunkan di kilang GM. – carscoops
- BACA: HONDA MAHU JADI PENGELUAR EV SEPENUHNYA MENJELANG TAHUN 2040. TIADA LAGI ENJIN ICE
- BACA: HONDA CIVIC HATCHBACK 2022 DILANCARKAN. 2 PILIHAN ENJIN, ADA TRANSMISI MANUAL
- BACA: GM KELUAR PASARAN THAILAND. JUAL KILANG KEPADA GREAT WALL MOTORS
- BACA: GAGAL BERSAING, GENERAL MOTOR UMUM TUTUP KEDAI DI INDONESIA MULAI MAC 2020