Motosikal

HARGA ANGGARAN DUCATI SUPERSPORT DIDEDAHKAN – BERMULA RM80,899 SEUNIT!

Sedang abang Japar scroll newsfeed Facebook, ada satu berita yang menarik perhatian. Ya, harga model Ducati Supersport sudah didedahkan oleh Ducati Penang, lengkap bersama beberapa tawaran menarik.

Dalam entri tersebut, Ducati Supersport ditawarkan pada harga RM80,899 untuk model asas. Manakala varian lebih tinggi iaitu Supersport S pula berharga RM88,899 (net selling price + GST).

Dengan perbezaan harga sebanyak RM8,000 varian Supersport S dilengkapi suspensi USD dan monoshock Ohlins boleh laras sepenuhnya, Ducati quick shift serta penutup tempat duduk pembonceng.

Manakala model asas pula dipasang dengan suspensi USD Marzocchi dan monoshock daripada Sachs. Ia juga tidak dipasang dengan ciri quick shift.

Dibawa masuk ke pasaran tempatan dari kilang Ducati di Thailand, Supersport dikuasakan oleh enjin dua silinder Testastretta yang mampu menjana kuasa 113hp. Lebih menarik lagi, ia menawarkan tiga mode tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban.

Jika anda mendapatkan Supersport daripada Ducati Penang, hadiah menarik bernilai RM3,800 menanti anda. Ia merangkumi sebuah topi keledar Ducati Suomy, visor topi keledar jenis smoked, jaket haze Alpinestars dan sarung tangan Spartan, juga daripada Alpinestars.

Promosi sempena MotoGP ini sah sehingga hujung bulan Oktober sahaja. Jadi, sila bertindak pantas.

Untuk makluman, Ducati Malaysia dijadual memperkenalkan model sport yang ditunggu-tunggu pada Jumaat ini. Jadi, tunggu sahaja perinciannya nanti.

Sambil-sambil tu, boleh dah tengok baki ASB ada berapa lagi.

Google ads
Back to top button