Motosikal

HARI WANITA SEDUNIA 2024: HLYM RAIKAN ‘LADY BIKER’ DI MALAYSIA 

Seiring dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 dan kempen keselamatan jalan raya yang berlangsung sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Hong Leong Yamaha Motor dengan jayanya melangsungkan Fiesta Ride Smart, Ride Selamat pada Sabtu. 

Bertempat di Stadium Cheras, acara tersebut bukan sahaja meraikan penunggang motosikal Yamaha di kalangan wanita malah turut mempromosikan keselamatan jalan raya bagi mereka yang akan pulang ke kampung kelak. 

Turut menjayakan program ini termasuk Pengerusi MMSDA, Datuk Wee Hong, Pengarah Kumpulan Hong Leong Industries, Professor Dato Dr. Jim Khor Mun Wei. 

Dalam pada itu, program tersebut turut menyaksikan rekod baharu dilakar di Malaysi apabila HLYM berjaya mengumpulkan penunggang motosikal wanita terbesar dalam satu acara. 

Menurut wakil Malaysia Books of Record, seramai 1,010 penunggang motosikal wanita dari Dewi Yamaha Malaysia Club telah berjaya membantu dalam mencapai rekod baharu itu. 

Selain Yamaha turut menjayakan program tersebut termasuk AEON Credit Service, GIVI Asia, KHI Helmet, RCB, RK South Asia dan NGK. 

Google ads
Back to top button