Buletin

HARRIER 2.0 LUXURY 2022 DINAIK TARAF. TOYOTA SAFETY SENSE, PILIHAN WARNA MERAH METALIK, BERMULA RM274K

Bagi terus mengujakan peminat Toyota, UMW Toyota Motor baru-baru ini memperkenalkan SUV Harrier varian 2.0 Luxury yang telah dipertingkat. 

Model tahun tahun 2022 itu menerima Panoramic View Monitor serta naik taraf sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Brake Detection, Lane Departure Alert dan Dynamic Radar Cruise Control.

Penambahbaikan ini meningkatkan lagi personaliti Harrier yang sememangnya terkenal dengan kemewahan, eksklusif dan boleh dipercayai.  

Bukan itu sahaja, satu varian baharu iaitu Toyota Harrier 2.0L Special Edition yang hadir dalam warna merah metalik dengan ruang kabin berwarna coklat ada ditawarkan. 

Harrier 2022 juga didatangkan dalam lima pilihan iaitu, kelabu, hitam, biru, putih mutiara dan Steel Blonde Metallic. Tempahan sudah bermula pada Oktober dengan harga bermula RM274,000 (tidak termasuk insurans). 

Dalam perkembangan berkaitan, UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa pihaknya mencatat jualan sebanyak 9,098 unit Toyotda dan 135 unit Lexus sepanjang September 2022. Jumlah jualan pada September 2022 9,233 units (Toyota + Lexus), berbanding 9,091 unit (Toyota + Lexus) yang direkodkan pada Ogos 2022.

Jualan setakat September 2022 adalah  70,872 unit, berbanding 46,118 unit dalam tempoh Jan-Sptember 2021 sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 54 peratus. 

GALERI

Google ads
Back to top button