Buletin

PROGRAM WARANTI TERHAD LANJUTAN MERCEDES-BENZ. 2 PILIHAN PELAN, PERLINDUNGAN SEHINGGA RM250K

Mercedes-Benz Services Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan Program Waranti Terhad Lanjutan yang dinaik taraf kepada semua pelanggan Mercedes-Benz di Malaysia. Program Waranti Terhad Lanjutan ialah produk Mercedes-Benz yang dilaksanakan oleh Mercedes-Benz Services Malaysia serta ditaja jamin oleh AXA Affin General Insurance Berhad.

Program itu ditawarkan kepada pemilik kenderaan tahun kelima dan keenam untuk menikmati tawaran unik pelan essential atau pelan comprehensive yang fleksibel.

Terdapat pilihan tempoh langganan iaitu setahun atau dua tahun dengan perlindungan sehingga RM250,000 setiap pelan.

Pelan itu membolehkan pelanggan dilindungi dengan 24 bulan jaminan oleh Mercedes-Benz dan boleh melakukan pembaikan atau penggantian percuma di mana-mana pengedar sah Mercedes-Benz.

Program itu juga menyediakan jaminan tanpa had perbatuan untuk kereta yang tidak melebihi 125,000km sebelum tahun kelima dan 150,000km sebelum permulaan tahun keenam mereka.

Pakej pelan essential meliputi komponen utama seperti pendingin hawa, brek, enjin, pacuan roda hadapan, tingkap kuasa, stereng, serta pacuan roda belakang sebagai tambahan kepada suspensi dan transmisi.

Pelan Comprehensive plan akan meliputi sembilan komponen tambahan daripada pakej Essential termasuklah komponen keselamatan aktif mahu pun pasif, topang airmatic, sistem audio, ECU dan sistem pemantauan tekanan tayar, kelompok instrumen, penderia, semua kawalan lain unit serta komponen elektrik, sebagai tambahan kepada sistem infohibur di belakang.

Program Waranti Terhad Lanjutan boleh dipilih semasa atau selepas pembelian kenderaan, atau pra-milik dalam tempoh empat tahun pertama dari tarikh pendaftaran.

Semua pelanggan akan layak mendapat jumlah sebanyak RM125,000 (Essential plan) dan RM150,000 (Comprehensive plan) untuk pelan yang dibeli secara individu.

Manakala jumlah sebanyak RM200,000 (Essential plan) dan RM 250,000 (Comprehensive plan) pula adalah untuk pelanggan yang memiliki kenderaan pada tahun kelima atau memasuki permulaan tahun keenam.

Google ads
Back to top button