Motosikal

LEBIH 1,000 MOTOSIKAL ANTIK AKAN DILELONG DI LAS VEGAS

Dilaporkan lebih 1,000 motosikal antik, vintaj dan koleksi bakal dilelong dalam acara Lelongan Motosikal Mecum Las Vegas pada 25 hingga 28 Januari 2018.

Lelongan itu dijangka menarik minat pembeli, penjual dan pengumpul motosikal dari seluruh dunia. Antara koleksi yang bakal dilelong ialah lapan buah motosikal terakhir milik jurugambar selebriti, Guy Webster.

Ia terdiri daripada jentera Vintaj Itali seperti 1964 Ducati Twin Cam F-3 Racer, 1957 MV Agusta Squalo Formula Racer dan sebuah 1956 Ceccato Grand Prix Single Cam.

Satu lagi koleksi melibatkan 80 buah motosikal daripada Major East Coast Collection. Contohnya seperti dua unit 1992 Harley-Davidson Daytona 50th Anniversary. Selain enam buah motosikal yang menjadi koleksi ikon Hollywood, Steve McQueen.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

“Selepas 25 tahun, acara lelongan motosikal di Las Vegas terus berkembang. Tahun lalu, kami berjaya menjual 80 peratus daripada 700 buah motosikal yang dilelong. Tahun ini, angka itu meningkat kepada lebih 1,000 buah motosikal,” kata Presiden Divisyen Motosikal Mecum, Ron Christenson.

Tags
Google ads
Back to top button