Motosikal

MODENAS SIAR KYMCO AK550 DI LAMAN WEB RASMI – LANCAR 12 JANUARI INI

Modenas bakal melancarkan KYMCO AK550 pada 12 Januari ini berdasarkan jemputan media yang telah diedarkan baru-baru ini. 

Menariknya, Modenas, selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia turut menyiarkan model itu di laman web rasmi ketika ini. 

TInjauan di laman web Modenas juga mendapati segala maklumat terperinci mengenai model itu juga boleh diakses oleh orang ramai. 

Untuk rekod, KYMCO  AK550 merupakan sebuah skuter maxi bersesaran 550cc yang hadir dengan beberapa ciri dan kelengkapan premium setaraf dengan pesaing terdekat Yamaha TMAX 560. 

KYMCO AK550 ini menawarkan 50.9hp pada 7,500rpm dan 54Nm pada 6,000rpm sekaligus lebih berkuasa berbanding TMAX 560. Bagaimanapun, AK550 ini lebih berat dengan 223kg di samping hadir dengan tangki 14.5L (15L pada TMAX 560). 

Namun ciri lain yang mencuri perhatian adalah kelengkapan brek yang terdiri daripada brek Brembo M4 4-pot di bahagian depan yang dipadankan bersama cakera brek 270mm. Brek belakang pula merangkumi kaliper 2-pot dengan cakera breka 260mm berkembar. 

Berikut ukuran dimensi KYMCO AK550 termasuk saiz rim:

  • panjang – 2,220mm
  • lebar – 795mm
  • tinggi – 1,450mm
  • ketinggian tempat duduk – 785mm
  • jarak antara tayar – 1,580mm
  • rim – 15-inci depan, belakang

Antara ciri lain ditawarkan termasuk brek AIBS (advanced intelligent braking system),cruise control, dua mod kuasa (Full Power, Rain) serta ruang letak barang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah helmet ‘full-face’ dan sebuah helmet ‘open-face’.

Kami jangkakan harga rasmi yang diumumkan pada hari pelancaran nanti. 

Google ads
Back to top button