Motosikal

HONDA DOMINASI JUALAN MOTOSIKAL DI INDONESIA DENGAN 4.10 JUTA, YAMAHA 1.22 JUTA

Dominasi Honda dalam pasaran motosikal di Indonesia dilihat terus kukuh pada tahun 2017. Pada hujung November 2017, Honda telah mencatat jualan sebanyak 4.10 juta unit motosikal.

Angka itu mewakili 75 peratus jualan keseluruhan jentera dua roda di republik tersebut iaitu 5.47 juta unit. Data itu didedahkan oleh Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI).

Yamaha berada di tempat kedua dengan jumlah jualan 1.22 juta. Kedua-dua jenama itu memang bersaing sengit sejak beberapa tahun lalu lagi.

Tempat ketiga dihuni oleh Kawasaki dengan jualan mencecah 73,184 unit. Suzuki yang tampil dengan produk-produk baharu pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan jualan hanya 68,893 unit.

Jenama motosikal dari India, TVS berada di kedudukan terakhir dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1,138 unit.

Pada tahun 2016, Honda menjadi peneraju pasaran dengan jualan 4.38 juta atau 74 peratus daripada jualan motosikal 5.93 juta unit. Yamaha di tempat kedua dengan 1.39 juta, Kawasaki (97,622), Suzuki (56,824) dan TVS 1,873 unit.

Sumber: tempo.co

Google ads
Back to top button