Buletin

HONDA PERKENAL HONDA SENSING

Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini memperkenalkan sistem bantuan pemanduan terbaharunya, Honda SENSING.

Honda-SENSING-mekanika (7)

Honda SENSING akan dipasang model Honda Legend serba baharu yang dijangka dipasarkan di Jepun akhir tahun ini. Sistem itu kemudian akan dikembangkan ke atas model-model lain pada masa depan.

Pembangunan teknologi Honda SENSING dilihat sebagai satu lagi langkah bagi merealisasikan impian persekitaran yang bebas pelanggaran. Ia bukan sahaja untuk pemandu dan penumpang kenderaan atau penunggangg motosikal, malah sesiapa sahaja yang menggunakan jalan raya.

Honda-SENSING-mekanika (2)

Honda SENSING merupakan satu sistem yang terdiri daripada dua jenis alat pengesan dan mempunyai dua karekteristik berbeza. Satu alat pengesan dengan radar gelombang-milimeter diletakkan di dalam gril hadapan. Sementara satu lagi kamera dipasang pada bahagian atas cermin utama.

Honda-SENSING-mekanika (9)

Dengan prestasi yang telah dipertingkatkan, radar itu meluaskan skop pengesanan melibatkan posisi dan kelajuan pejalan kaki. Sementara kamera monokular pula mengesan bentuk dan saiz pejalan kaki serta objek-objek lain dalam jarak 60 meter di hadapan kenderaan. Ia juga menawarkan kualiti pengenalpastian yang lebih tepat.

Honda-SENSING-mekanika (3)

Dengan ketepatan peranti pengesanan ini, enam fungsi baharu seperti Pedestrian Collision Mitigation Steering System (pertama seumpamanya di dunia) akan ditambah ke dalam sistem tersebut.

Antara fungsi penting yang ada dalam Honda SENSING termasuklah Collision Mitigation Braking System (CMBS), sistem Road Departure Mitigation (RDM), Lane Keeping Assist System (LKAS), Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low-Speed Follow, Traffic Sign Recognition, False Start Prevention Function dan Lead Car Departure Notification System.

Honda-SENSING-mekanika (6)

Honda SENSING kini mampu mengenal pasti bukan sahaja persekitarannya, malah kecenderungan pemandu dan kondisi kenderaan. Justeru, ia akan mengaplikasikan kawalan ke atas komponen-komponen tertentu kenderaan seperti sistem brek dan setreng.

Dalam aspek pecutan, kawalan jarak dan laluan kenderaan, sistem ini membantu pemandu sewaktu pemanduan normal serta ketika hendak mengelak kemalangan dalam situasi kecemasan.

Honda-SENSING-mekanika (5)

Honda sememangnya sudah lama komited dalam membangunkan pelbagai teknologi bantuan pemandu demi menawarkan kualiti pemanduan yang selamat dan selesa kepada para pelanggannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button