Pandu Uji

HYUNDAI ELANTRA FACELIFT 2015

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan sedan Elantra facelift di semua bilik pamerannya di seluruh negara.

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (10)

Model Elantra ini melibatkan 14 penambahbaikan, sekali gus menjadikannya kereta segmen C yang cukup menarik. Penampilannya kini juga semakin garang berbanding model terdahulu.

Panjang keseluruhan Elantra telah ditambah sebanyak 20mm, menjadi 4,550mm. Dengan bampar hadapan dan belakang dipanjangkan sebanyak 5mm dan 15mm, sedan ini kelihatan lebih seimbang serta stabil.

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (13)

Bampar hadapan, gril radiator dan lampu kabus menerima rekaan baharu. Elantra turut dipasang dengan LED Light Guide dan Projection Headlamps (untuk varian 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja). Gaya itu disempurnakan lagi dengan rim aloi dan lampu belakang yang memiliki rekaan baharu.

Masuk ke dalam kabin, anda pasti menghargai reka bentuknya yang lebih moden. Posisi corong pendingin hawa telah diubah dan tuil grear Transmission Gear Shift (TGS) ditukar baru. Manakala Flex Steer System pada stereng membolehkan pemandu memilih mode pemanduan sama ada Normal, Comfort atau Sports.

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (3)

Untuk keselesaan penumpang belakang, corong pendingin udara ada disediakan. Ciri MirrorLink Audio Visual Receiver dan Supervision Cluster dengan OLED bersaiz 3.4 inci nyata memudahkan pemandu membaca info yang dipaparkan (untuk varian 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja).

Elantra bagaimanapun masih menggunakan enjin sama iaitu  Nu D-VVT 1.8-liter MPI atau enjin Gamma 1.6-liter MPI D-CVVT. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (2)

Bagi memberi perlindungan maksimum kepada pemandu serta penumpang, Elantra dilengkapi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Antaranya, kerangka badan yang kukuh, Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS), Vehicle Stability Management (VSM) dan Hill-Start Assist Control (HAC) pada semua varian. Manakala varian 1.6 Premium dan 1.8 Premium ditambah dengan enam beg udara.

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (9)

Untuk tempoh terhad, (5 Mac hingga 5 April 2015), para pelanggan yang membeli Elantra FL 1.8 Premium akan diberi servis percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km (selang servis 10,000km), mana-mana tiba dahulu.

Elantra didatangkan dalam lima warna menarik iaitu putih, kelabu, hitam, perak dan mereka. Harga empat varian Elantra facelift adalah seperti berikut:

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (8)

Elantra FL 1.6 Elegance – RM85, 888*

Elantra FL 1.6 Executive – RM 95,676*

Elantra FL 1.6 Premium – RM100, 546*

Elantra FL 1.8 Premium– RM114, 984.40*

Hyundai-Elantra-facelift-mekanika (14)

(*Harga tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran JPJ dan pemilikan. Untuk pendaftaran di Semenanjung Malaysia sahaja).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button